Konvensyen KIK ke-17 peringkat UKM akan diadakan pada tarikh seperti berikut:
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : DK43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi
Senarai giliran untuk pertandingan peringkat akhir konvensyen ini adalah seperti berikut:
9.00 pagi - Kumpulan GRACIAS (Pengurusan)
9.30 pagi - Kumpulan EXOTIC (Teknikal)
10.00 pagi - Kumpulan SINARAN (Pengurusan)
11.00 pagi - Kumpulan VISER (Teknikal)
11.30 pagi - Kumpulan RAFFLESIA (Pengurusan)
12.00 pagi - Kumpulan CHARGE V2 (Teknikal)
2.30 petang - Kumpulan MEDIPRIMA (Pengurusan)
3.00 petang - Kumpulan PERMADI (Teknikal)
Sehubungan dengan itu, satu ujicuba/ raptai akan dijalankan pada 26 November 2012 (Isnin) pada jam 10.00 pagi – 1.00 petang bagi melicinkan lagi perjalanan konvensyen. Semua pihak yang terlibat diwajibkan hadir.
Selain itu, pihak urusetia memohon setiap kumpulan menghantar empat (4) salinan buku projek bersama dengan satu (1) salinan CD sebelum 16 November 2012 (Jumaat) ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar untuk diberikan kepada Panel Penilai.
Berkaitan dengan itu, setiap kumpulan diminta membuat ringkasan projek untuk dimuatkan di dalam Buku Aturcara Konvenseyen KIK 2012 sebelum 12 November 2012 (Isnin).
Berikut adalah format ringkasan projek yang perlu dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ melalui e-mel ke irwan@ukm.my dan salinan (CC) ke melor81@ukm.my :
- Logo dan gambar bersama ahli-ahli kumpulan
- Nama kumpulan & fakulti / jabatan
- Fasilitator, Ketua kumpulan dan ahli-ahli
- Tajuk projek
- Kategori projek
- Tarikh projek
- Tarikh persembahan pengurusan
- Huraian ringkas masalah / projek
- Cadangan penyelesaian
- Faedah projek
- Sumbangan projek kepada objektif jabatan
- Jangkaan tempoh pelaksanaan
Mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat memastikan tiada kesalahan ejaan pada nama setiap peserta kerana segala maklumat yang disampai akan dihantar terus kepada pihak penerbitan. Sebarang masalah, sila hubungi kami di talian 03-89213026 / 3617.