Lawatan penilaian KIK Peringkat Negeri Selangor 2012 telah diadakan pada:
Tarikh: 12 Jun 2012
Hari: Selasa
Masa: 9.00 am - 2.00 pm
Lawatan diadakan bagi menilai projek KIK yang akan dipertandingkan didalam konvensyen KIK peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada 10 dan 11 Julai 2012. Terdapat 2 kumpulan yang akan menyertai konvensyen yang akan diadakan pada kali ini.
Kumpulan yang bertanding adalah:
Kumpulan Mediprima - Jabatan Rekod Perubatan - Kategori Pengurusan
Kumpulan BenuaCIPTA - Jabatan Radiologi - Kategori Teknikal
Lawatan ini akan menyumbang kepada 30% dari markah keseluruhan yang terdiri daripada 20% markah persembahan, 40% markah dokumentasi dan 10% markah lagi bagi pameran. Format konvensyen kali ini adalah format yang terkini digunakan bagi pihak INTAN dan MAMPU bagi proses penilaian projek KIK yang akan diadakan.
Penilian pada kali ini lebih kepada dokumentasi projek. Penal penilai lawatan amat berpuas hati dengan bukti perjalanan projek yang dipersembahkan. Hanya sedikit teguran diberikan kepada kumpulan untuk memperbaiki dokumentasi dengan menyatakan bukti mengikut perjalanan persembahan yang telah dibuat. Selamat maju jaya kepada semua kumpulan yang bertanding.