Sejarah KIK PPUKM
Kumpulan Inovatif dan Kreatif atau lebih dikenali dengan KIK pada asalnya dikenali dengan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja atau KMK. KMK, dari segi sejarahnya mula diperkenalkan di Hospital UKM pada tahun 1998. Pusat Perubatan UKM atau sebelum ini di kenali dengan nama Hospital UKM mula menyertai KMK pada tahun 2008 dengan 1 penyertaan. Semenjak daripada itu, penglibatan Hospital UKM dalam KIK agak kurang sehinggalah pada tahun 2004, sebanyak 4 kumpulan telah mewakili Hospital UKM ke Konvensyen KIK Peringkat UKM.

Sehingga ke hari ini, Universiti Kebangsaan Malaysia terus-menerus aktif menyertai aktiviti KIK. Aktiviti ini secara aktif dikendalikan jawatankuasa sejak 2003. Mengikit sejarah, penyetaan pertama KIK UA adalah pada tahun 2004. KIK UKM telah menjadi juara keseluruhan KIK UA sebanyak 8 kali dari 16 pertandingan keseluruhan. Penyertaan pertama KIK HCTM di International Convention on Qualtiy Control Circle (ICQCC) adalah pada tahun 2010 di Hydrabat, India.
Bengkel KIK diadakan untuk membimbing kumpulan
Penyertaan Kumpulan KIK di peringkat Universiti Awam
Penyertaan Kumpulan KIK di peringkat Antarabangsa (ICQCC)
Kategori Projek
Terdapat dua (2) kategori projek yang dipertandingkan, iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.
(a) Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan adalah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan sderta faedah-faedah lain.
(b) Kategori Teknikal
Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru.