Pengerusi : En Mohd Faizor Hj. Hassan
Setiausaha : Pn. Nazwin Azmira Nafikuddin
Ahli Jawatankuasa:
1. Dr. Habsah Aziz
2. En. Mohamad Norman Mohd Nordin
Urusetia: En. Mohd Azrul Abu Bakar
Peranan Jawatankuasa KIK HCTM:
- Merangka dasar pelaksanaan KIK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah dan penambahbaikan yang dikemukakan.
- Organisasi boleh menggunakan Jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti untuk melaksanakan tugas Jawatankuasa Pemandu KIK
- Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan
- Berperanan sebagai perantara di antara pihak pengurusan dan KIK
Terma rujukan bagi Jawatankuasa KIK HCTM UKM adalah seperti berikut:
- Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan.
- Menentukan objektif dan hala tuju KIK.
- Menentu dan melantik fasilitator.
- Mendaftar kumpulan dan keahliannya.
- Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK.
- Menyelaras penyeragaman cadangan penyelesaian daripada Program.
- Mengenal pasti output yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan.
(Terma rujukan ini adalah berpandukan Pekeliling Jabatan Perdana Menteri bertarikh 1 November 2009: Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif)