06 February 2012

Pra-Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa KIK PPUKM akan mengadakan Pra-Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2012 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 21 Februari 2012
Masa: 2.00 petang
Tempat: Auditorium PPUKM.

Tiga buah kumpulan yang akan mewakili UKM didalam konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 akan membuat persembahan sebagai persediaan untuk menyertai konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 yang akan di adakan pada 6-8 Mac 2012 ini.

Kumpulan yang akan membuat persembahan adalah dari kategori pengurusan, kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM). Dari kategori teknikal, kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM) dan kumpulan Unity, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.

Semua kakitangan yang berminat, boleh menghadirkan diri untuk melihat persembahan yang akan diadakan. Galakkan diberikan terutamanya kepada semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk KIK 2012 bagi melihat persembahan yang akan diberikan.