07 October 2010

Persembahan Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Tahniah kepada semua kumpulan yang telah berjaya membuat persembahan di konvensyen ICC Kebangsaan pada hari ini (7 Oktober 2010)...

Kumpulan-kumpulan yang telah memberikan persembahan pada hari ini adalah Kumpulan BENUA CIPTA, Kumpulan IMPAQ, Kumpulan PROREHAB dan Kumpulan FARSIS.

Keputusan pertandingan hanya akan dapat diketahui pada majlis makan malam yang akan diadakan pada hari sabtu ini. Anugerah-anugerah yang disediakan kepada pemenang adalah seperti berikut:

Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan Konvensyen ICC Kebangsaan
(Piala pusingan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Replika, Wang tunai RM 6000.00 beserta sijil penghargaan).

Anugerah Sektor Awam
Johan (Piala pusingan, replika dan wang tunai RM 4000.00 beserta sijil)
Naib Johan (Wang tunai RM 3000.00 beserta sijil)
Tempat ketiga (Wang tunai RM 2000.00 beserta sijil)

Anugerah 10 kumpulan terbaik setiap sektor (Trofi dan sijil penyertaan)

Anugerah Pengerusi Perbadanan Productiviti Negara (MPC)
(Piala Pusingan Pengerusi Perbadanan Productiviti Negara (MPC) dan replika)

Anugerah Ketua Pengarah Perbadanan Productiviti Negara (MPC)
(Piala Pusingan Ketua Pengarah Perbadanan Productiviti Negara (MPC) dan replika)

Selain sektor awam, terdapat juga sektor perkilangan, sektor elektrikal/ elektronik dan sektor perkhidmatan yang menawarkan hadiah yang serupa. Kesemua kumpulan KIK dari PPUKM bertanding dalam sektor awam, terdapat 57 kumpulan yang bertanding pada sektor tersebut pada kali ini. Nantikan keputusannya pada hari sabtu nanti.