Tahniah kepada semua kumpulan KIK dari PPUKM kerana telah berjaya mendapat anugerah 3 bintang di dalam konvensyen ICC Kebangsaan yang tamat pada hari ini (9 Oktober 2010)...
Kumpulan-kumpulan yang telah berjaya mendapat 3 bintang adalah:
Kumpulan BENUA CIPTA - Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM.
Kumpulan IMPAQ - Jabatan Kualiti, PPUKM.
Kumpulan PROREHAB - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.
Kumpulan FARSIS - Jabatan Farmasi, PPUKM.
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM juga telah memenangi anugerah 10 kumpulan terbaik bagi Sektor Awam daripada 57 kumpulan yang bertanding. Kumpulan BENUA CIPTA telah membawa pulang trofi dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.