Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke-24 dan Lean@UKM Kali Kedua Tahun 2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac 2020 (Khamis) di Dewan Kuliah Utama Pusat Siswazah (Pembentangan Kumpulan KIK Pengurusan), Bilik Seminar 1, UKM-GSB (Pembentangan Kumpulan KIK Teknikal) dan Dewan Seminar Pusat Siswazah (Pembentangan Kumpulan Lean).
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan PERMADI 3.0 daripada Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM yang berjaya menjadi Johan bagi Kumpulan KIK Kategori Teknikal serta Juara Keseluruhan Kategori KIK.
Kumpulan MIZAN daripada Perpustakaan Undang-Undang (PPUU) telah berjaya menjadi Johan bagi Kumpulan KIK Kategori Pengurusan dalam konvensyen tersebut.
Sebanyak 14 Kumpulan KIK daripada beberapa PTj seperti Perpustakaan UKM, FST, HCTM, UMBI, Jabatan Bendahari KKL, FEP dan FPER.
Manakala, Kumpulan Enginius daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau, Perlis telah menjadi Johan dan Juara Keseluruhan Kategori Lean.
Konvensyen Lean@UKM Kali Kedua ini telah disertai oleh 7 Kumpulan, yang mana 3 kumpulan terdiri daripada Perpustakaan UKM dan buat pertama kalinya dalam penganjuran Konvensyen Lean@UKM, telah menerima penyertaan daripada 4 kumpulan daripada IPT Luar.
Senarai penuh keputusan Konvensyen Inovasi dan Kreativiti bagi tahun 2020 adalah seperti di lampiran.
Syabas dan tahniah diucapkan
Penganjur / Penganjur Bersama : Kualiti-UKM