01 December 2020

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan, Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2020

Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi dan Kumpulan D-Futuristik dari Jabatan Kewangan, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia mencapai kejayaan yang membanggakan dengan menerima pengiktirafan Anugerah 5 bintang  dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan, Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2020 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia... 

Konvensyen yang telah diadakan pada 17-20 November 2020 secara maya melalui platform GoToWebinar ini merupakan satu norma baru dalam penganjuran konvensyen team excellence... Syabas dan tahniah kepada pihak MPC yang telah menyediakan platform yang terbaik dalam usaha membudayakan perkongsian amalan inovasi walaupun di dalam tempoh PKPP ini... 

Walaupun dalam situasi pendamic yang tidak menentu, hasil usaha terbaik dan tekad kumpulan yang dapat menyempurnakan segala keperluan untuk persembahan projek yang agak rumit kali ini dapat disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan... 

Segala hasil usaha dan kerjasama semua didalam membangunkan sistem ini secara dalaman adalah bukti usaha gigih dan komitmen yang terbaik dari ahli kumpulan. Kumpulan juga telah menerima kepercayaan dan sokongan yang kuat dari pihak pengurusan bagi menjayakan projek ini... Mengilham harapan, mencipta masa depan... Terima kasih, syabas dan tahniah buat semua...







23 September 2020

Bengkel KIK HCTM Bil.1/2020

Pembudayaan aktiviti Team Excellent di HCTM di teruskan... @Bengkel KIK HCTM Bil.1/2020 telah diadakan pada 22-23/9/2020... 

Walaupun permulaan tahun ini lewat, semua peserta sudah bersedia utk memulakan langkah pertama... 

Semoga AJK KIK HCTM akan dapat mempermudahkan perjalanan kumpulan2 KIK HCTM pd tahun ini...







13 September 2020

Regional Innovation Showcase On Team Excellence 2020

Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi dan Kumpulan D-Futuristik dari Jabatan Kewangan, HCTM UKM sekali lagi mencipta sejarah dengan mencapai kejayaan menerima pengiktirafan: Anugerah Emas dan Anugerah Industri 4.0 didalam Regional Innovation Showcase On Team Excellence 2020 yang telah diadakan pada 3-4 September 2020...  

Konvensyen yang diadakan secara maya melalui platform GoToWebinar ini merupakan satu norma baru dalam penganjuran konvensyen team excellence... Syabas dan tahniah kepada pihak MPC yang telah menyediakan platform yang terbaik dalam usaha membudayakan perkongsian amalan inovasi walaupun di dalam tempoh PKPP ini... 

Hasil usaha dan kerjasama semua didalam membangunkan sistem ini secara dalaman adalah bukti usaha gigih dan komitmen yang terbaik dari ahli kumpulan. Kumpulan juga telah menerima kepercayaan dan sokongan yang kuat dari pihak pengurusan bagi menjayakan projek ini... Mengilham harapan, mencipta masa depan... Terima kasih, syabas dan tahniah buat semua...





13 March 2020

Tahniah Pemenang Konvensyen Inovasi Dan Kreativiti Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke-24 Dan Konvensyen Lean@UKM Kali Kedua Tahun 2020

Tahniah Pemenang Konvensyen Inovasi Dan Kreativiti Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke-24 Dan Konvensyen Lean@UKM Kali Kedua Tahun 2020

Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke-24 dan Lean@UKM Kali Kedua Tahun 2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac 2020 (Khamis) di Dewan Kuliah Utama Pusat Siswazah (Pembentangan Kumpulan KIK Pengurusan), Bilik Seminar 1, UKM-GSB (Pembentangan Kumpulan KIK Teknikal) dan Dewan Seminar Pusat Siswazah (Pembentangan Kumpulan Lean).

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan PERMADI 3.0 daripada Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM yang berjaya menjadi Johan bagi Kumpulan KIK Kategori Teknikal serta Juara Keseluruhan Kategori KIK.

Kumpulan MIZAN daripada Perpustakaan Undang-Undang (PPUU) telah berjaya menjadi Johan bagi Kumpulan KIK Kategori Pengurusan dalam konvensyen tersebut.

Sebanyak 14 Kumpulan KIK daripada beberapa PTj seperti Perpustakaan UKM, FST, HCTM, UMBI, Jabatan Bendahari KKL, FEP dan FPER.

Manakala, Kumpulan Enginius daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau, Perlis telah menjadi Johan dan Juara Keseluruhan Kategori Lean.

Konvensyen Lean@UKM Kali Kedua ini telah disertai oleh 7 Kumpulan, yang mana 3 kumpulan terdiri daripada Perpustakaan UKM dan buat pertama kalinya dalam penganjuran Konvensyen Lean@UKM, telah menerima penyertaan daripada 4 kumpulan daripada IPT Luar.

Senarai penuh keputusan Konvensyen Inovasi dan Kreativiti bagi tahun 2020 adalah seperti di lampiran.

Syabas dan tahniah diucapkan

Penganjur / Penganjur Bersama : Kualiti-UKM