17 August 2018

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam (UA) Malaysia Kali Ke-14 Di Universiti Malaya (UM)

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA) Malaysia Kali ke 14 telah diadakan dengan jayanya pada 13-16 Ogos 2018 di Universiti Malaya (UM). Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Benuacipta, Jabatan Perkhidmatan Radiologi, HCTM, Medistorm daripada Jabatan Bendahari Kampus KL, Charge V3 daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, FKAB dan Siber daripada Perpustakaan HCTM, PPUKM yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam konvensyen berkenaan. Kumpulan KIK berkenaan telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti yang berikut :

  1. Kumpulan Benuacipta – Naib Johan Kategori Teknikal dan Augerah Emas 
  2. Kumpulan Medistorm – Ketiga Kategori Pengurusan dan Anugerah Emas 
  3. Kumpulan Charge V3 – Anugerah Emas 
  4. Kumpulan Siber – Anugerah Emas 

Konvensyen KIK UA ini merupakan satu konvensyen KIK yang tertinggi diperingkat Univesiti Awam Malaysia dengan melibatkan penyertaan semua UA dan 37 Kumpulan KIK pada tahun 2018. Ia juga sebagai medan kepada Kumpulan-kumpulan KIK UA untuk membentangkan hasil projek inovasi mereka dan dinilai oleh panel juri yang profesional.

Syabas dan tahniah kepada Pengarah Eksekutif Pentadbiran & Pengurusan Kualiti-UKM yang memberikan sokongan padu dan semua Ahli Kumpulan KIK UKM yang membuat persembahan mantap dalam Konvensyen KIK UA serta telah melonjakkan lagi nama UKM di peringkat Univesiti Awam Malaysia. (adaptasi ewarga)

KEPUTUSAN KESELURUHAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KALI KE-14

UNIVERSITI MALAYA
14 - 16 OGOS 2018

Anugerah Persembahan Terbaik
Pengurusan : PARADIGMA (UMS)
Teknikal : LANGIT PUTRA (UPM)

Anugerah Fasilitator Terbaik
Pengurusan : REMASYS (UPNM)
Teknikal : GALAKSI R3 (USM)

Anugerah Inovasi Terbaik
Pengurusan : PROTECH (USM)
Teknikal : AKAL (UiTM )

Anugerah Poster Terbaik
Pengurusan : QUEST (UM)
Teknikal : VELOCITY (UMT)

Kategori Pengurusan
[Wang tunai, Sijil Penarafan & Piala]
Johan : PROTECH (USM)
Naib Johan : IM-VATIVE (UiTM)
Ketiga : MEDISTORM (UKM)

Kategori Teknikal
[Wang tunai, Sijil Penarafan & Piala]
Johan : GALAKSI R3 (USM)
Naib Johan : BenuaCIPTA (UKM)
Ketiga : LANGIT PUTRA (UPM)

Anugerah Utama
Johan Keseluruhan : GALAKSI R3 (USM)
Fasilitator Terbaik : REMASYS (UPNM)
Inovasi Harapan : ALIRAN (UM)

Kumpulan BenuaCIPTA

Kumpulan Charge V3 

Kumpulan Medistorm

Kumpulan Siber