15 November 2018

National Team Excellence Convention 2018

National Team Excellence Convention 2018 telah diadakan pada:

Tarikh: 13-15 November 2018
Tempat: Sunway Convention 





26 October 2018

Konvensyen ICQCC 2018

Konvensyen ICQCC 2018 telah diadakan pada:

Tarikh: 22-25 Oktober 2018
Tempat: Resort World Sentosa, Singapore.

Kumpulan KIK Sinaran dari Jabatan Radiologi, HCTM telah mewakili UKM dan Malaysia didalam konvensyen ini. Kumpulan Sinaran yang diketuai oleh En. Muhammad Halmi Shamsuddin telah berjaya mendapat Anugerah EMAS semasa konvensyen yang diadakan pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.






15 October 2018

Prestasi kumpulan inovatif kreatif (KIK) di HCTM

YBhg Dato’/ Prof./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa KIK HCTM sedang mengemaskini maklumat semua kumpulan projek KIK HCTM bagi mengetahui status dan isu-isu yang dihadapi kumpulan dalam merealisasikan penyelesaian projek tersebut.

Sehubungan dengan itu,  mohon kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan memberi maklum balas semua kumpulan projek KIK melalui ’google docs’ seperti alamat yang disertakan sebelum 28 September 2018. Kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Mohon guna link ini sebab link diberikan sebelum ada masalah untuk dibuka:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdYX75qxndXAVc9NvmuyGoKTw-nVl3rLmSLvCHNUFftqxB6Cg/viewform

MOHD FAIZOR HJ HASSAN
Ketua Jabatan Khidmat Pelanggan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa KIK
HCTM PPUKM

17 August 2018

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam (UA) Malaysia Kali Ke-14 Di Universiti Malaya (UM)

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA) Malaysia Kali ke 14 telah diadakan dengan jayanya pada 13-16 Ogos 2018 di Universiti Malaya (UM). Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Benuacipta, Jabatan Perkhidmatan Radiologi, HCTM, Medistorm daripada Jabatan Bendahari Kampus KL, Charge V3 daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, FKAB dan Siber daripada Perpustakaan HCTM, PPUKM yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam konvensyen berkenaan. Kumpulan KIK berkenaan telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti yang berikut :

  1. Kumpulan Benuacipta – Naib Johan Kategori Teknikal dan Augerah Emas 
  2. Kumpulan Medistorm – Ketiga Kategori Pengurusan dan Anugerah Emas 
  3. Kumpulan Charge V3 – Anugerah Emas 
  4. Kumpulan Siber – Anugerah Emas 

Konvensyen KIK UA ini merupakan satu konvensyen KIK yang tertinggi diperingkat Univesiti Awam Malaysia dengan melibatkan penyertaan semua UA dan 37 Kumpulan KIK pada tahun 2018. Ia juga sebagai medan kepada Kumpulan-kumpulan KIK UA untuk membentangkan hasil projek inovasi mereka dan dinilai oleh panel juri yang profesional.

Syabas dan tahniah kepada Pengarah Eksekutif Pentadbiran & Pengurusan Kualiti-UKM yang memberikan sokongan padu dan semua Ahli Kumpulan KIK UKM yang membuat persembahan mantap dalam Konvensyen KIK UA serta telah melonjakkan lagi nama UKM di peringkat Univesiti Awam Malaysia. (adaptasi ewarga)

KEPUTUSAN KESELURUHAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KALI KE-14

UNIVERSITI MALAYA
14 - 16 OGOS 2018

Anugerah Persembahan Terbaik
Pengurusan : PARADIGMA (UMS)
Teknikal : LANGIT PUTRA (UPM)

Anugerah Fasilitator Terbaik
Pengurusan : REMASYS (UPNM)
Teknikal : GALAKSI R3 (USM)

Anugerah Inovasi Terbaik
Pengurusan : PROTECH (USM)
Teknikal : AKAL (UiTM )

Anugerah Poster Terbaik
Pengurusan : QUEST (UM)
Teknikal : VELOCITY (UMT)

Kategori Pengurusan
[Wang tunai, Sijil Penarafan & Piala]
Johan : PROTECH (USM)
Naib Johan : IM-VATIVE (UiTM)
Ketiga : MEDISTORM (UKM)

Kategori Teknikal
[Wang tunai, Sijil Penarafan & Piala]
Johan : GALAKSI R3 (USM)
Naib Johan : BenuaCIPTA (UKM)
Ketiga : LANGIT PUTRA (UPM)

Anugerah Utama
Johan Keseluruhan : GALAKSI R3 (USM)
Fasilitator Terbaik : REMASYS (UPNM)
Inovasi Harapan : ALIRAN (UM)

Kumpulan BenuaCIPTA

Kumpulan Charge V3 

Kumpulan Medistorm

Kumpulan Siber

13 July 2018

Perbincangan Persediaan Konvensyen KIK UA kali ke-14 Bil 2/2018

Perbincangan Persediaan Konvensyen KIK UA kali ke-14 Bil 2/2018 telah diadakan pada:

Tarikh: 13 Julai 2018
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Inovasi, Kualiti UKM.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengetahui perkembangan terkini kumpulan-kumpulan yang akan menyertai konvensyen KIK UA yang akan di adakan nanti.




16 May 2018

Perbincangan Persediaan Konvensyen KIK UA Kali Ke-14 2018

Perbincangan Persediaan Konvensyen KIK UA Kali Ke-14 2018 telah diadakan pada:

Tarikh: 15 May 2018
Masa: 9.00-11.00am
Tempat: Bilik Inovasi Pusat Jaminan Kualiti, UKM.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan maklumat terkini dan persediaan yang perlu dilakukan untuk konvensyen KIK UA kali ke-14 yang akan diadakan pada 13-16 Ogos 2018 di Universiti Malaya.