05 August 2017

Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke-13

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke 13 telah diadakan pada 1-3 Ogos 2017. Pada tahun ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menjadi penganjur yang akan menerima kehadiran 38 delegasi daripada penyertaan Kumpulan KIK UA seluruh Malaysia. Sebanyak 2 kategori yang akan dipertandingkan dalam konvensyen ini iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal.

Bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebanyak 4 kumpulan telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke 13 iaitu 2 kumpulan bagi kategori pengurusan  dan 2 kumpulan bagi kategori teknikal. Kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah seperti berikut:

Kumpulan Kategori Teknikal
SINARAN- Jabatan Radiologi, HCTM, PPUKM
UNLOCK- Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM,PPUKM

Kumpulan Kategori Pengurusan
MUTIARA- Perpustakaan Tun Sri Lanang
ARISC- Perpustakaan Tun Sri Lanang

Konvensyen Peringkat UA ini merupakan konvensyen tertinggi bagi mengenengahkan dan mengiktiraf hasil pemikiran kreatif dan inovasi Warga Universiti Awam. Kejayaan kumpulan membuktikan bahawa inovasi yang terhasil mendapat pengiktirafan diperingkat kebangsaan terutamanya dalam pendidikan tinggi. Sebanyak 14 kategori hadiah telah dimenangi oleh semua kumpulan yang menyertai konvensyen.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang:

Kumpulan SINARAN dari Jabatan Radiologi, HCTM, PPUKM telah memenangi:
- Naib Johan Kategori Teknikal 
- Anugerah Fasilitator Terbaik
- Anugerah Persembahan Terbaik (Kategori Teknikal)

Semua kumpulan wakil dari UKM:
- Anugerah Emas