Tarikh: 25-27 Oktober 2016
Tempat: Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya.
- Kumpulan ZITRON, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan PPUKM menerima anugerah 3 bintang dan tersenarai 10 kumpulan terbaik akan mewakili Malaysia ke International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) di Manila, Filipina pada Oktober 2017. Kumpulan telah membentangkan projek bertajuk ‘Pesakit strok mengalami kesukaran mengawal sendi lututuntuk berdiri semasa rawatan pemulihan’.
- Kumpulan B-MED, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik PPUKM menerima anugerah 3 bintang dan tersenarai 10 kumpulan terbaik dan akan mewakili Malaysia ke International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) di Manila, Filipina pada Oktober 2017. Kumpulan telah membentangkan projek bertajuk ‘Penghasilan kultur media tidak mencukupi di makmal JPMD’.
- Kumpulan MEDIPRIMA, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM menerima anugerah 3 bintang. Kumpulan membentangkan projek bertajuk ‘Permohonan laporan perubatan yang tidak lengkap’.
- Kumpulan I-CARE, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM menerima anugerah 2 bintang. Kumpulan telah membentangkan projek bertajuk ‘Tempoh menunggu lama untuk pesakit kanser memulakan rawatan redioterapi’.
Tahniah kepada semua kumpulan.