Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke-12 di Universiti Malaysia Terengganu Pada 2-4 Ogos 2016
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 - 4 Ogos 2016 (Selasa - Khamis) bertempat di Universiti Terengganu Malaysia (UMT). Lima Kumpulan KIK telah mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdiri daripada ZITRON (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM), B-MED (Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, PPUKM), I-CARE (Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM), KLIK (Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM) dan MEDIPRIMA (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM). UKM telah memenangi beberapa kategori iaitu:
1. Kategori Fasilitator Terbaik (Pengurusan): Pemenang: Allahyarhamah Puan Surianti Amad Kamsan (MEDIPRIMA)
2. Kategori Inovasi Terbaik (Pengurusan): Pemenang: Kumpulan KLIK (Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM)
3. Kategori Teknikal Tempat Ketiga: Pemenang: Kumpulan B-MED (Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, PPUKM)
4. Penarafan Bintang Emas: Pemenang: Kumpulan ZITRON , B-MED, I-CARE, KLIK dan MEDIPRIMA
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan kumpulan yang bertanding. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung merealisasikan kejayaan UKM dalam Konvensyen KIK pada tahun ini. Semoga usaha murni ini diberkati dan mencapai matlamatnya.
Penganjur / Penganjur Bersama: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)