28 August 2016

Konvensyen KIK Peringkat Antarabangsa (ICQCC) 2016

Tahniah- Kumpulan KIK Sinaran, Jabatan Radiologi PPUKM Telah Dianugerahkan Emas Dalam Konvensyen KIK Peringkat Antarabangsa (ICQCC) 2016

Dimaklumkan bahawa KIK Sinaran yang mewakili Malaysia, UKM dan PPUKM telah dianugerahkan EMAS dalam Konvensyen KIK Peringkat Antarabangsa (ICQCC) 2016 yang telah diadakan pada 23-26 Ogos 2016 di The Centara Grand at Central Plaza Ladprao, Bangkok, Thailand.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Sinaran.

Penganjur / Penganjur Bersama
The Association of QC Headquarters of Thailand


19 August 2016

Konvensyen Team Excellence peringkat Wilayah Tengah

Kumpulan KIK PPUKM dianugerahkan EMAS dalam Konvensyen Team Excellence

Sukacita dimaklumkan bahawa PPUKM diwakili oleh 4 kumpulan KIK telah dianugerahkan EMAS dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah yang diadakan pada 17-18 Ogos 2016 di Hotel Dorsett Grand Subang. Jabatan yang terlibat seperti berikut :-

1. B-Med - Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
2. Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan
3. I-Care - Jabatan Radioterapi & Onkologi
4. Zitron - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan.

Penganjur / Penganjur Bersama
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

08 August 2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke-12

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali Ke-12 di Universiti Malaysia Terengganu Pada 2-4 Ogos 2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Universiti Awam Kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 - 4 Ogos 2016 (Selasa - Khamis) bertempat di Universiti Terengganu Malaysia (UMT). Lima Kumpulan KIK telah mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdiri daripada ZITRON (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM), B-MED (Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, PPUKM), I-CARE (Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM), KLIK (Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM) dan MEDIPRIMA (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM). UKM telah memenangi beberapa kategori iaitu:

1. Kategori Fasilitator Terbaik (Pengurusan): Pemenang: Allahyarhamah Puan Surianti Amad Kamsan (MEDIPRIMA)

2. Kategori Inovasi Terbaik (Pengurusan): Pemenang: Kumpulan KLIK (Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM)

3. Kategori Teknikal Tempat Ketiga: Pemenang: Kumpulan B-MED (Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, PPUKM)

4. Penarafan Bintang Emas: Pemenang: Kumpulan ZITRON , B-MED, I-CARE, KLIK dan MEDIPRIMA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan kumpulan yang bertanding. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung merealisasikan kejayaan UKM dalam Konvensyen KIK pada tahun ini. Semoga usaha murni ini diberkati dan mencapai matlamatnya.

Penganjur / Penganjur Bersama: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)