13 January 2016

Keputusan Konvensyen KIK Peringkat UKM Kali Ke-20

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 20 telah berlansung dengan jayanya pada 13 Januari 2016 di DKB 2, Bangunan Kedekanan, FST. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan I-Care daripada Jabatan Radioterapi & Onkologi, HCTM, PPUKM yang berjaya menjadi Johan Kategori Pengurusan dan Keseluruhan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UKM Kali Ke 20. 

Manakala, Kumpulan B-Med daripada Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, PPUKM menjadi Johan Kategori Teknikal. Senarai penuh keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UKM Kali Ke 20 adalah seperti dilampiran. 

Syabas dan tahniah diucapkan.

Penganjur / Penganjur Bersama : Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM)

SENARAI PEMENANG KONVENSYEN KIK PERINGKAT UKM KALI KE 20
13 JANUARI 2016 (RABU)
DKB 2, BANGUNAN KEDEKANAN, FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI (FST)

JOHAN KESELURUHAN
I-CARE (Jabatan Radioterapi dan Onkologi)

KATEGORI PENGURUSAN
JOHAN - I-CARE (Jabatan Radioterapi dan Onkologi)
NAIB JOHAN - KLIK (Perpustakaan Tun Seri Lanang)
TEMPAT KE 3 - MEDIPRIMA (Jabatan Maklumat Kesihatan)

KATEGORI TEKNIKAL
JOHAN - B-MED (Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik)
NAIB JOHAN - ZITRON (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan)
TEMPAT KE 3 - BENUA CIPTA (Jabatan Perkhidmatan Radiologi)

SAGU HATI
PROTAG (Perpustakaan Tun Seri Lanang)
IBRAH (Jabatan Bendahari)
PANTAS 3 (Perpustakaan Tun Seri Lanang)

FASILITATOR TERBAIK
EN. SHAMSUDIN BIN IBRAHIM
KLIK (Perpustakaan Tun Seri Lanang)

PERSEMBAHAN TERBAIK
IBRAH (Jabatan Bendahari)