Bengkel Kriteria Penilaian Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada:
Tarikh: 14-15 Oktober 2014
Hari: Selasa-Rabu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kelab Golf Danau, UKM Bangi.
Bengkel ini memberi peluang kepada para peserta untuk membuat penilaian projek KIK. Ianya dihadiri dari pelbagai IPTA di seluruh Malaysia, ini termasuklah UPM, UiTM dan UPNM. Sesi penilaian projek secara praktikal juga diadakan bagi mendedahkan kepada semua peserta tentang bagaimana penilaian projek dilaksanakan. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan ini. Semoga bengkel seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang.