18 December 2013

Lawatan kerja KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia

Lawatan kerja KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Disember 2013
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM.

Tujuan lawatan kerja oleh KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan kumpulan-kumpulan KIK dari PPUKM. Aturcara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pn. Fauziah Hanon yang mewakili pengerusi Jawatankuasa KIK PPUKM yang sedang bercuti. 

Majlis kemudiannya diikuti dengan pembentangan dan penerangan mengenai program KIK di PPUKM. Majlis berhenti seketika untuk minum pagi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan perkongsian pengamalan dari kumpulan Permadi, kumpulan Mediprima, kumpulan benuaCIPTA dan kumpulan Sinaran. Sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesi perkongsian pengalaman oleh kumpulan telah menarik minat tetamu dari UTHM untuk bertanyakan pelbagai soalan. 

Sesi lawatan kerja diakhiri dengan lawatan ke mini pameran dan sesi bergambar. Lawatan dan sesi soal jawab telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga aktiviti perkongsian pengalaman ini memberikan manfaat kedua-dua belah pihak. Bagi pihak tuan rumah, kami memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan semasa lawatan kerja yang dijalankan.