26 December 2013

Bengkel pemantapan jawatankuasa KIK PPUKM

Bengkel pemantapan jawatankuasa KIK PPUKM akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 27-28 Disember 2013
Tempat: Seri Malaysia Genting Highland

Bengkel yang akan diadakan selama 2 hari ini adalah bertujuan untuk mengadakan post mortem aktiviti tahun 2013, mempelajari alat kawalan kualiti baharu, membuat perancangan aktiviti tahun 2014 dan membincang dan merangka strategi pemantapan dan keberkesanan pelaksanaan KIK PPUKM.

Semoga semua peserta yang menyertai bengkel pada kali ini akan dapat manfaat dan memberi sumbang dari segi pengalaman dan buah fikiran semasa bengkel yang telah diadakan nanti. Selamat berbengkel.









20 December 2013

Jemputan ke Program Antarabangsa 2014 - ICQCC 2014 Sri Lanka & ICQ 2014 Japan

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menjemput kumpulan-kumpulan dari PPUKM yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di Konvensyen ICC tahun 2013 untuk mewakili Malaysia ke  DUA Program Khas Antarabangsa iaitu International Convention on QC Circles (ICQCC 2014), Sri Lanka dan International Conference on Quality (ICQ 2014), Tokyo, Jepun bagi kategori ‘Competition’. Jemputan juga terbuka kepada kumpulan berpotensi (tertakluk kepada syarat) dan juga sebagai pemerhati.

Kedua-dua konvensyen ini merupakan satu platform untuk menanda aras pencapaian projek kumpulan dengan projek dari negara luar dan juga pengiktirafan terhadap pencapaian projek tersebut di peringkat antarabangsa.  Maklumat program adalah seperti berikut:


1. ICQCC 2014, Colombia, Sri Lanka
Pencalonan khas ini dibuka  kepada kumpulan yang telah  mendapat "Anugerah Top Ten dan kumpulan berpotensi" dalam "Program Konvensyen ICC Kebangsaan 2013-Annual Productivity International Conference - APIC 2013".Walaubagaimanapun, kepada kumpulan yang tidak menerima anugerah tersebut, pihak kami mengalu-alukan penyertaan sebagai pemerhati.


2. ICQ 2014, Tokyo, Japan
Bagi Program ini pula, ianya merupakan Program baru dimana ianya hanya akan diadakan tiga tahun sekali. Penaja bagi Program ini adalah "American Society for Quality" (ASQ), "European Organization for Quality" (EOQ) dan Union of "Japanese Scientists and Engineers" (JUSE). Pada tahun 2014, Jepun akan menjadi Tuan Rumah pada tahun 2014 ini.

Penyertaan ini dibuka kepada pemenang "Anugerah Top Ten" dalam "Program Annual Productivity International Conference - APIC 2013' kumpulan yang telah berjaya mendapat Anugerah Excellence dalam "International Convention on QC Circle" (ICQCC)  2013 di Taipei, Taiwan.

Info lanjut mengenai ICQCC 2014, Colombia, Sri Lanka:

Info lanjut mengenai ICQ 2014, Tokyo, Japan.

18 December 2013

Lawatan kerja KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia

Lawatan kerja KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Disember 2013
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM.

Tujuan lawatan kerja oleh KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan kumpulan-kumpulan KIK dari PPUKM. Aturcara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pn. Fauziah Hanon yang mewakili pengerusi Jawatankuasa KIK PPUKM yang sedang bercuti. 

Majlis kemudiannya diikuti dengan pembentangan dan penerangan mengenai program KIK di PPUKM. Majlis berhenti seketika untuk minum pagi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan perkongsian pengamalan dari kumpulan Permadi, kumpulan Mediprima, kumpulan benuaCIPTA dan kumpulan Sinaran. Sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesi perkongsian pengalaman oleh kumpulan telah menarik minat tetamu dari UTHM untuk bertanyakan pelbagai soalan. 

Sesi lawatan kerja diakhiri dengan lawatan ke mini pameran dan sesi bergambar. Lawatan dan sesi soal jawab telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga aktiviti perkongsian pengalaman ini memberikan manfaat kedua-dua belah pihak. Bagi pihak tuan rumah, kami memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan semasa lawatan kerja yang dijalankan.