16 September 2011

International Convention on Quality Control Circle 2011


International Convention on Quality Control Circle 2011 (ICQCC 2011) telah diadakan pada 11-14 September 2011 di Pacifico Yokohama Convention Complex, JAPAN. Konvensyen yang diadakan pada tahun ini dengan tema "Enhancing Organizational Vitality Through Further Development of QC Circle Activities".

Seramai 177 projek telah dipersembahkan pada konvensyen pada kali ni. Kumpulan yang terlibat terdiri dari negara Bangladesh, China, India, Indonesia, Japan, Korea, Malaysia, Philippines, Singapore, Srilanka, Taiwan, Thailand, U.S.A. dan Zambia.

Pusat Perubatan UKM telah di wakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi PPUKM di atas kejayaan memenangi "Excellent Awards" dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) tersebut. Kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang ahli dan seorang fasilitator ini telah membentangkan projek yang bertajuk "High Radiation Exposure In Angiography Unit".

Kejayaan ini adalah berdasarkan keupayaan kumpulan menggunakan alatan QC yang telah berjaya menurunan dos radiasi melalui alat hasil ciptaan kumpulan yang di namakan "X-TRAP". Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa di dalam amalan Quality Control Circles. Semoga kejayaan ini akan memberikan dorongan dan semangat untuk semua kakitangan di dalam membudayakan amalan Quality Control Circle di dalam tugas harian. Syabas !