25 September 2011

Bengkel KIK Bilangan 3/2011 PPUKM


Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif Bilangan 3/2011 Pusat Perubatan UKM telah diadakan pada 23-25/9/2011 di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang. Sebanyak 10 kumpulan dari PPUKM telah menyertai bengkel yang diadakan. Pada bengkel kali ni PPUKM telah menjemput En. Kamaruzaman untuk memberikan bimbingan kepada semua kumpulan.

Bengkel yang telah diadakan telah banyak memberikan panduan kepada semua kumpulan untuk meneruskan projek dan mempersiapkan diri bagi menyertai pertandingan KIK peringkat UKM pada bulan November nanti.

16 September 2011

International Convention on Quality Control Circle 2011


International Convention on Quality Control Circle 2011 (ICQCC 2011) telah diadakan pada 11-14 September 2011 di Pacifico Yokohama Convention Complex, JAPAN. Konvensyen yang diadakan pada tahun ini dengan tema "Enhancing Organizational Vitality Through Further Development of QC Circle Activities".

Seramai 177 projek telah dipersembahkan pada konvensyen pada kali ni. Kumpulan yang terlibat terdiri dari negara Bangladesh, China, India, Indonesia, Japan, Korea, Malaysia, Philippines, Singapore, Srilanka, Taiwan, Thailand, U.S.A. dan Zambia.

Pusat Perubatan UKM telah di wakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi PPUKM di atas kejayaan memenangi "Excellent Awards" dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) tersebut. Kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang ahli dan seorang fasilitator ini telah membentangkan projek yang bertajuk "High Radiation Exposure In Angiography Unit".

Kejayaan ini adalah berdasarkan keupayaan kumpulan menggunakan alatan QC yang telah berjaya menurunan dos radiasi melalui alat hasil ciptaan kumpulan yang di namakan "X-TRAP". Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa di dalam amalan Quality Control Circles. Semoga kejayaan ini akan memberikan dorongan dan semangat untuk semua kakitangan di dalam membudayakan amalan Quality Control Circle di dalam tugas harian. Syabas !



10 September 2011

KIK Sektor Awam Negeri Selangor 2011


Konvensyen KIK Sektor Awam Kali ke-24 Negeri Selangor 2011 telah diadakan pada:

Tarikh: 8-9 September 2011
Hari: Khamis dan jumaat
Tempat: Auditorium, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

UKM telah diwakili oleh 2 pasukan didalam konvensyen pada kali ini, sebuah pasukan bagi menyertai pertandingan dalam kategori pengurusan dan sebuah pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.

Bagi kategori pengurusan, kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah menjadi Juara didalam pertandingan yang di adakan. Bagi kategori teknikal pula, Kumpulan SINARAN dari Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi naib johan didalam pertandingan yang di adakan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.