Sepertimana yang dimaklumkan didalam entri blog sebelum ini, KIK BenuaCIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM telah ditawarkan untuk menyertai ICCQCC 2011 yang akan diadakan di Yokohama, Jepun. Walau bagaimana pun, tarikh konvensyen yang akan diadakan telah menjadi tanda tanya disebabkan oleh kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah berlaku di negara tersebut.
Berita terkini yang telah dikeluarkan secara rasmi di tapak web ICCQCC telah memaklumkan ICCQCC akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan, tanpa sebarang pertukaran iaitu pada 11-14 September 2011 ini. Keputusan ini telah dipersetujui didalam mesyuarat yang telah diadakan pada 27 April 2011 yang lalu. Pihak penganjur juga memaklumkan keadaan telah menjadi semakin pulih seperti biasa dan acara tersebut akan diadakan di tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Diharapkan dengan tersiarnya berita yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur ICCQCC ini, KIK BenuaCIPTA akan meneruskan usaha untuk mempersiapkan dan memperkemaskan lagi persembahan yang akan dibuat di konvensyen yang akan diadakan tersebut.