
Tahniah diucapkan kepada wakil UKM, Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM dan Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM kerana telah berjaya memenangi Anugerah Emas dalam pertandingan ICC peringkat IPT anjuran Universiti Tenaga Nasional.
Kumpulan Sinaran juga telah memenangi anugerah "The Most Creative Team" didalam pertandingan yang diadakan pada 30 Mac 2011 di Dewan Seminar Pusat Pengurusan Kualiti, Universiti Tenaga Nasional. Pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Uniten ini telah menarik minat penyertaan dari 14 buah pasukan dari dalam dan luar Uniten.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada kedua-dua buah kumpulan, kejayaan kumpulan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan semua ahli untuk menyertai pertandingan yang lebih besar lagi. Kejayaan kumpulan juga telah menaikkan nama UKM sebagai sebuah universiti yang membudayakan kualiti melalui program ICC.