31 March 2011

Keputusan Konvensyen ICC IPT 2011 Uniten

Tahniah diucapkan kepada wakil UKM, Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM dan Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM kerana telah berjaya memenangi Anugerah Emas dalam pertandingan ICC peringkat IPT anjuran Universiti Tenaga Nasional.

Kumpulan Sinaran juga telah memenangi anugerah "The Most Creative Team" didalam pertandingan yang diadakan pada 30 Mac 2011 di Dewan Seminar Pusat Pengurusan Kualiti, Universiti Tenaga Nasional. Pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Uniten ini telah menarik minat penyertaan dari 14 buah pasukan dari dalam dan luar Uniten.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada kedua-dua buah kumpulan, kejayaan kumpulan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan semua ahli untuk menyertai pertandingan yang lebih besar lagi. Kejayaan kumpulan juga telah menaikkan nama UKM sebagai sebuah universiti yang membudayakan kualiti melalui program ICC.

21 March 2011

Klinik KIK 1/2011

Dimaklumkan bahawa Klinik KIK bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2011 akan diadakan bermula pada 4 April 2011 sehingga 22 April 2011. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK sebelum Bengkel KIK kedua pada 6-8 Mei 2011 nanti.

Di sertakan jadual klinik KIK yang akan diadakan:

18 March 2011

Pertandingan ICC peringkat universiti


Pertandingan ICC peringkat universiti akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 30 Mac 2011 (Rabu)
Tempat : Bangunan Pentadbiran, Universiti Tenaga Nasional
Anjuran: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Objektif pertandingan diadakan adalah untuk menggalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan ICC bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi dan mempromosikan amalan ICC untuk dipraktikkan oleh organisasi-organisasi lain. Kumpulan ICC yang terbaik dari Unit Bisnes, TNB, Universiti awam dan swasta serta organisasi luar dijemput untuk membentangkan projek ICC mereka.

Dalam pertandingan yang akan diadakan, UKM akan diwakili oleh:
1. Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM.
2. Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM.

Selamat maju jaya kepada kumpulan yang akan bertanding.

14 March 2011

Bengkel KIK PPUKM Bil 1/2011


Bengkel KIK PPUKM bilangan 1/2011 telah diadakan pada 11-13 Mac 2011 di A'Famosa Resort, Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal semua kumpulan yang akan terlibat didalam menjalankan projek KIK bagi tahun 2011 ini.

Sebanyak 15 kumpulan KIK yang terdiri dari pelbagai jabatan dan disiplin telah menyertai bengkel yang diadakan pada kali ini. Semangat dan penglibatan semua peserta di dalam bengkel yang dianjurkan ini amat membanggakan. Semoga dengan adanya bengkel yang diadakan, semua peserta akan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi cara menggunakan kaedah KIK bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan masing-masing.

04 March 2011

Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-7


Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-7

Tahniah dan syabas kepada kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM kerana berjaya memperolehi Johan Keseluruhan dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali Ke-7 yang di adakan pada 1 – 3 Mac 2011 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kejayaan ini merupakan kali ke 5 UKM meraih kemenangan Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA.

Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh UKM dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 di UPM :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Anugerah Bintang Emas
Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Anugerah Bintang Perak
Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM
Kumpulan BRAVE dari Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Pusat Perubatan UKM
Kumpulan SENTROMER dari Institut Perubatan Molekul, UKM
Kumpulan TEN dari Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan UKM

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya enam belas (16) pasukan IPTA yang bertanding. IPTA tersebut ialah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah, Universiti Sains Malaysia (USM), UKM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini. Terima kasih kepada semua kumpulan kerana telah menunjukkan usaha yang baik dalam pertandingan ini.

Untuk melihat sejarah kemenangan UKM dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA. Sila rujuk:


(Adaptasi dari Buletin e-warga UKM)