20 February 2011

Malaysia Technology Expo 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan KIK Sinaran yang telah berjaya memenangi "Gold Medal" dan pasukan BenuaCIPTA yang telah memenangi "Silver Medal" semasa menyertai Malaysia Technology Expo 2011 (MTE 2011) yang telah diadakan pada 17-19 Februari 2011 di Kuala Lumpur Konvensyen Center. KIK Sinaran dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi telah menyertai MTE 2011 dengan mempamerkan hasil ciptaan yang dinamakan T-RAX dan KIK BenuaCIPTA dari jabatan yang sama mempamerkan hasil ciptaan yang dinamakan X-TRAP.

Kejayaan pasukan yang telah menyertai Expo yang diadakan amatkan membanggakan kerana hanya 88 pasukan sahaja yang berjaya memenangi anugrah "Gold Medal" dari lebih dari 511 pasukan yang menyertai expo yang telah diadakan. Kejayaan pasukan juga telah melakarkan sebuah lagi sejarah kejayaan dalam bidang Inovasi di PPUKM ini. Semoga kejayaan ini akan memberikan suntikan semangat kepada kumpulan-kumpulan yang lain untuk meneruskan usaha bagi menghasilkan inovasi-inovasi yang terbaik.

Keputusan penuh sila rujuk http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/022011/21-73.pdf