Persembahan pengurusan KIK 2010 telah diadakan pada 1 September 2010 (Rabu) di Dewan Kuliah 1, Pusat Perubatan UKM. Tujuan persembahan pengurusan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua kumpulan yang akan menyertai Konvensyen KIK peringkat UKM yang akan diadakan pada Oktober nanti mempersembahkan projek yang telah dijalankan oleh kumpulan masing-masing.
Ketua Pegawai Operasi telah berbesar hati untuk hadir ke persembahan pengurusan yang di adakan pada kali ini. Terdapat 11 kumpulan yang telah menyertai persembahan pengurusan pada kali ini. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah:
KUMPULAN MEDICOM, Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN FRONTLINE, Jabatan Perubatan Kecemasan, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN INFOTECH, Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN TEN, Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN MEDIPRIMA, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN IRIS, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN BRAVE, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Teknikal)
KUMPULAN SIBER, Perpustakaan, PPUKM (Pengurusan)
Tahniah kepada semua kumpulan yang telah mempersembahkan projek masing-masing. Walaupun membuat persembahan projek pada bulan puasa, semua ahli kumpulan bersemangat untuk mempersembahkan projek masing-masing.