29 September 2010

Jadual Persembahan Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Berikut adalah jadual konvensyen ICC Kebangsaan yang akan diadakan pada 7-9 Oktober 2010...

7 Oktober 2010
1100-1130 - BENUA CIPTA - PUSAT PERUBATAN UKM
1200-1230 - IMPAQ - PUSAT PERUBATAN UKM
1400-1430 - PROREHAB - PUSAT PERUBATAN UKM
1430-1500 - FARSIS - PUSAT PERUBATAN UKM

8 Oktober 2010
1630-1700 - CHARGE - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

9 Oktober 2010
1930 - 2230 pm - MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN SIJIL KONVENSYEN ICC KEBANGSAAN 2010 (GICC GRAND BALLROOM)

Diharapkan semua kumpulan yang mengambil bahagian dapat berkumpul di Hadapan Blok Kejururawatan pada jam 7.50am 7 Oktober nanti. Selamat berjaya.

04 September 2010

Jemputan Untuk Menyertai Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Kumpulan ICC dari PPUKM telah dipilih untuk menyertai Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2010 yang akan di adakan pada:

Tarikh : 7-9 Oktober 2010 (Khamis–Sabtu)
Masa : 8.00pagi-5.00 petang
Tempat : Genting International Convention Centre (GICC), First World Hotel, Genting Highlands, Pahang.

Berikut adalah kumpulan yang dijemput untuk menyertai konvensyen pada kali ini:
1. KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti. PPUKM
2. KUMPULAN PROREHAB, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM
3. KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM
4. KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM

Diharapkan semua kumpulan dapat membuat persediaan yang sewajarnya bagi konvensyen pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang terpilih, berusahalah bersungguh-sungguh, semoga berjaya mencapai kejayaan.

02 September 2010

Persembahan Pengurusan KIK PPUKM 2010

Persembahan pengurusan KIK 2010 telah diadakan pada 1 September 2010 (Rabu) di Dewan Kuliah 1, Pusat Perubatan UKM. Tujuan persembahan pengurusan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua kumpulan yang akan menyertai Konvensyen KIK peringkat UKM yang akan diadakan pada Oktober nanti mempersembahkan projek yang telah dijalankan oleh kumpulan masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi telah berbesar hati untuk hadir ke persembahan pengurusan yang di adakan pada kali ini. Terdapat 11 kumpulan yang telah menyertai persembahan pengurusan pada kali ini. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah:

KUMPULAN MEDICOM, Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN FRONTLINE, Jabatan Perubatan Kecemasan, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN INFOTECH, Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN TEN, Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN MEDIPRIMA, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti, PPUKM (Pengurusan)
KUMPULAN IRIS, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, PPUKM (Teknikal)
KUMPULAN BRAVE, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Teknikal)
KUMPULAN SIBER, Perpustakaan, PPUKM (Pengurusan)

Tahniah kepada semua kumpulan yang telah mempersembahkan projek masing-masing. Walaupun membuat persembahan projek pada bulan puasa, semua ahli kumpulan bersemangat untuk mempersembahkan projek masing-masing.