Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Timur 2010 telah diwakili oleh 2 kumpulan dari PPUKM. Kumpulan tersebut adalah:
- KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM
- KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM
Konvensyen yang telah diadakan pada 26-27 Julai 2010 di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan itu juga telah disertai oleh pelbagai institusi awam dan swasta.
Syabas dan tahniah kepada kedua-dua kumpulan yang terlibat kerana telah berjaya memenangi anugerah emas bagi Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Pantai Timur.