Kumpulan Farsis dari Jabatan Farmasi PPUKM telah mewakili UKM di dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Selangor bagi Kategori Pengurusan. Pertandingan Konvensyen KIK yang Ke 23 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan bagi Sektor Awam Tahun 2010 tersebut telah diadakan pada 27–28 Julai 2010 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam.
Syabas dan tahniah kepada Kumpulan FARSIS yang telah mendapat hadiah saguhati. UKM juga telah diwakili oleh kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang telah menjadi Naib Johan bagi Kategori Teknikal.
Berikut adalah ringkasan keputusan kumpulan KIK yang menyertai konvensyen tersebut:
- KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM (Naib Johan Kategori Teknikal)
- KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM (Hadiah Saguhati Kategori Pengurusan)