18 October 2015

Bengkel KIK Bilangan 3/2015

Bengkel KIK Bilangan 3/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 16-18 Oktober 2015 
Masa: 8.00 am - 11.00 pm
Tempat: Dewan Lipis, Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.

Sebanyak 6 kumpulan yang akan menyertai konvensyen KIK peringkat UKM dan 3 kumpulan yang akan menyertai konvensyen MPC peringkat kebangsaan telah menyertai bengkel yang telah diadakan ini. En. Kamaruzzaman telah dijemput untuk mengendalikan bengkel pada kali ini.





11 October 2015

Kumpulan KIK BENUACIPTA dan KIK ONE TOUCH menempa kejayaan di 40th International Convention On Quality Control Circle

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan KIK BENUACIPTA dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM yang telah memenangi ANUGERAH GOLD ILLUMINATION dan Kumpulan KIK ONE TOUCH dari Jabatan Kewangan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM yang telah memenangi ANUGERAH SILVER ILLUMINATION di "40th International Convention On Quality Control Circle". 

0Konvensyen tersebut telah berlangsung di Changwon Exhibition and Convention Center (CECO), Changwon-si, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan dari 5-8 Oktober 2015. 

Kejayaan ini sekali lagi telah menaikkan nama UKM di persada antarabangsa dalam bidang "Quality Control Circle". 

Syabas !

Penganjur / Penganjur Bersama : Korea Standards Association





02 October 2015

Klinik KIK PPUKM 2015

Klinik KIK PPUKM 2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 30 September - 2 Oktober 2015
Tempat: Bilik Hal Ehwal Palajar dan Alumni, Tingkat 2, Blok Pendidikan

Sebanyak 6 kumpulan telah menyertai Klinik KIK pada kali ini.






17 September 2015

Mesyuarat Jawatankuasa KIK PPUKM

Mesyuarat Jawatankuasa KIK PPUKM telah diadakan pada:

Tarikh: 17 September 2015
Masa: 1.00-2.00 petang
Tempat: Bilik Bincang Pejabat Dekan, PPUKM.

Mesyuarat diadakan untuk membincangkan perkembangan terkini dan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan.



15 September 2015

Sesi taklimat ICQCC Korea 2015

Sesi taklimat ICQCC Korea 2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 15 September 2015
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Produktiviti, MPC Petaling Jaya.



11 September 2015

International Exposition on Team Excellence Singapore 2015 (IETEX 2015)

Tahniah-Kumpulan KIK ONE TOUCH Jabatan Kewangan, PPUKM

Kumpulan KIK ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM telah berjaya memenangi Gold Medal, 3 star Award dan Top Ten Group daripada 62 pasukan pelbagai negara dalam International Exposition on Team Excellence Singapore 2015 (IETEX 2015) pada 9-11 September 2015 di Resort World Sentosa Singapura. 

Syabas dan Tahniah diucapkan. 

Penganjur / Penganjur Bersama: Singapore Productivity Association.




Gambar diadaptasi dari Facebook: Mizs Effa.

29 August 2015

Tahniah - Konvensyen Team Excellece Wilayah Tengah 2015

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Konvensyen Team Excellece Wilayah Tengah 2015 yang telah diadakan pada 26-27 Ogos 2015 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

PPUKM telah diwakili oleh 3 kumpulan iaitu:
  • KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
  • KUMPULAN B-FACTOR, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
  • KUMPULAN ONE STEP, Jabatan Kewangan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
Ketiga-tiga kumpulan KIK yang menyertai konvensyen tersebut telah memenangi anugerah emas.

Tahniah diucapkan.

Penganjur: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)