29 August 2015

Tahniah - Konvensyen Team Excellece Wilayah Tengah 2015

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Konvensyen Team Excellece Wilayah Tengah 2015 yang telah diadakan pada 26-27 Ogos 2015 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

PPUKM telah diwakili oleh 3 kumpulan iaitu:
  • KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
  • KUMPULAN B-FACTOR, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
  • KUMPULAN ONE STEP, Jabatan Kewangan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.
Ketiga-tiga kumpulan KIK yang menyertai konvensyen tersebut telah memenangi anugerah emas.

Tahniah diucapkan.

Penganjur: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)















06 May 2015

Mesyuarat Jawatankuasa KIK PPUKM 2015

Mesyuarat Jawatankuasa KIK PPUKM 2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 4 Mei 2015
Hari: Selasa
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Dekan.

Mesyuarat pada kali ini membincangkan tentang perkembangan semasa program KIK di PPUKM ini termasuklah:
  • Perkembangan kumpulan semasa
  • ICC Antarabangsa
  • ICC MPC Wilayah
  • Perbincangan amanat TNC
  • Penambahan AJK baru



29 April 2015

Majlis jamuan makan meraikan kejayaan cemerlang kumpulan KIK UKM

Majlis jamuan makan tengah hari meraikan kejayaan cemerlang kumpulan KIK UKM semasa konvensyen KIK peringat Universiti Awam Malaysia:

Tarikh: 28 April 2015
Hari: Selasa
Masa: 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat: Begonia Coffee House, Puri Pujangga, UKM.

Majlis jamuan makan tengah hari telah dikelolakan oleh Pendaftar UKM, Pn. Asmahan Musa. Semua kumpulan yang mewakili UKM didalam konvensyen KIK peringkat Universiti telah dijemput bersama-sama dengan Jawatankuasa KIK PPUKM untuk diraikan didalam majlis ini. Ianya telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar.






17 April 2015

Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2015

Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2015 telah berlangsung pada:

Tarikh: 14-16 April 2015
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Univeristi Sains Islam Malaysia

UKM telah menghantar sebanyak 3 kumpulan, Satu kumpulan dari kategori pengurusan dan dua kumpulan dari kategori teknikal. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh kumpulan KIK dari UKM:

Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi Pusat Perubatan UKM
- Anugerah Emas 
- Juara Kategori Teknikal
- Juara Keseluruhan

Kumpulan B-Factor - Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
- Anugerah Emas 
- Juara Kategori Pengurusan

Kumpulan Paradigm - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
- Anugerah Emas
- Anugerah Inovasi Terbaik

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Teruskan usaha dan kegigihan dimasa akan datang.




02 February 2015

Pendaftaran KIK bagi tahun 2015

Pendaftaran KIK untuk tahun 2015 sudah di buka, mohon semua jabatan yang berminat untuk menyertai aktiviti KIK pada tahun ini mengisi borang yang telah diedarkan kepada ketua jabatan masing-masing dan menghantarkannya ke alamat seperti di bawah.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2015.

Sekian Terima kasih.

Hubungi:
Mohd Faizor Hj Hassan
Eksekutif (Pentadbiran)
Unit Peperiksaan, Pejabat Dekan dan Pengarah PPUKM.
Ext: 5885


19 January 2015

Majlis penghargaan dan pameran inovasi KIK 2015

Majlis penghargaan dan pameran inovasi KIK 2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 19 Januari 2015
Hari: Isnin
Masa: 8.00 am - 10.30 am
Tempat: Auditorium PPUKM dan Ruang legar Auditorium PPUKM.

Majlis ini diadakan bersempena perhimpunan bulanan PPUKM bilangan 1/2015. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang Konvensyen ICC peringkat kebangsaan dan Konvensyen KIK peringkat UKM. 

Pameran inovasi KIK juga diadakan di Ruang legar Auditorium PPUKM. Penyertaan pameran telah disertai dari 10 kumpulan, yang terdiri daripada:
  1. Kumpulan One-touch
  2. Kumpulan Medistorm
  3. Kumpulan One-step
  4. Kumpulan D'futuristik
  5. Kumpulan B-Factor
  6. Kumpulan Permadi2
  7. Kumpulan Sinaran 
  8. Kumpulan Benuacipta
  9. Kumpulan Optimus
  10. Kumpulan Paradigm

Semoga pameran seumpama ini akan diadakan lagi di masa hadapan.