26 December 2013

Bengkel pemantapan jawatankuasa KIK PPUKM

Bengkel pemantapan jawatankuasa KIK PPUKM akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 27-28 Disember 2013
Tempat: Seri Malaysia Genting Highland

Bengkel yang akan diadakan selama 2 hari ini adalah bertujuan untuk mengadakan post mortem aktiviti tahun 2013, mempelajari alat kawalan kualiti baharu, membuat perancangan aktiviti tahun 2014 dan membincang dan merangka strategi pemantapan dan keberkesanan pelaksanaan KIK PPUKM.

Semoga semua peserta yang menyertai bengkel pada kali ini akan dapat manfaat dan memberi sumbang dari segi pengalaman dan buah fikiran semasa bengkel yang telah diadakan nanti. Selamat berbengkel.









20 December 2013

Jemputan ke Program Antarabangsa 2014 - ICQCC 2014 Sri Lanka & ICQ 2014 Japan

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menjemput kumpulan-kumpulan dari PPUKM yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di Konvensyen ICC tahun 2013 untuk mewakili Malaysia ke  DUA Program Khas Antarabangsa iaitu International Convention on QC Circles (ICQCC 2014), Sri Lanka dan International Conference on Quality (ICQ 2014), Tokyo, Jepun bagi kategori ‘Competition’. Jemputan juga terbuka kepada kumpulan berpotensi (tertakluk kepada syarat) dan juga sebagai pemerhati.

Kedua-dua konvensyen ini merupakan satu platform untuk menanda aras pencapaian projek kumpulan dengan projek dari negara luar dan juga pengiktirafan terhadap pencapaian projek tersebut di peringkat antarabangsa.  Maklumat program adalah seperti berikut:


1. ICQCC 2014, Colombia, Sri Lanka
Pencalonan khas ini dibuka  kepada kumpulan yang telah  mendapat "Anugerah Top Ten dan kumpulan berpotensi" dalam "Program Konvensyen ICC Kebangsaan 2013-Annual Productivity International Conference - APIC 2013".Walaubagaimanapun, kepada kumpulan yang tidak menerima anugerah tersebut, pihak kami mengalu-alukan penyertaan sebagai pemerhati.


2. ICQ 2014, Tokyo, Japan
Bagi Program ini pula, ianya merupakan Program baru dimana ianya hanya akan diadakan tiga tahun sekali. Penaja bagi Program ini adalah "American Society for Quality" (ASQ), "European Organization for Quality" (EOQ) dan Union of "Japanese Scientists and Engineers" (JUSE). Pada tahun 2014, Jepun akan menjadi Tuan Rumah pada tahun 2014 ini.

Penyertaan ini dibuka kepada pemenang "Anugerah Top Ten" dalam "Program Annual Productivity International Conference - APIC 2013' kumpulan yang telah berjaya mendapat Anugerah Excellence dalam "International Convention on QC Circle" (ICQCC)  2013 di Taipei, Taiwan.

Info lanjut mengenai ICQCC 2014, Colombia, Sri Lanka:

Info lanjut mengenai ICQ 2014, Tokyo, Japan.

18 December 2013

Lawatan kerja KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia

Lawatan kerja KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Disember 2013
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM.

Tujuan lawatan kerja oleh KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan kumpulan-kumpulan KIK dari PPUKM. Aturcara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pn. Fauziah Hanon yang mewakili pengerusi Jawatankuasa KIK PPUKM yang sedang bercuti. 

Majlis kemudiannya diikuti dengan pembentangan dan penerangan mengenai program KIK di PPUKM. Majlis berhenti seketika untuk minum pagi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan perkongsian pengamalan dari kumpulan Permadi, kumpulan Mediprima, kumpulan benuaCIPTA dan kumpulan Sinaran. Sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesi perkongsian pengalaman oleh kumpulan telah menarik minat tetamu dari UTHM untuk bertanyakan pelbagai soalan. 

Sesi lawatan kerja diakhiri dengan lawatan ke mini pameran dan sesi bergambar. Lawatan dan sesi soal jawab telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga aktiviti perkongsian pengalaman ini memberikan manfaat kedua-dua belah pihak. Bagi pihak tuan rumah, kami memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan semasa lawatan kerja yang dijalankan. 




20 November 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ke-18 Peringkat UKM 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ke-18 Peringkat UKM 2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2013
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh (UKM).

Berikut adalah senarai pemenang Konvensyen KIK ke-18 UKM.
1. Johan keseluruhan - Medistorm (Jabatan Kewangan, PPUKM)
2. Fasilitator terbaik (Pengurusan) - Medistorm (Jabatan Kewangan, PPUKM)
3. Fasilitator terbaik (Teknikal) - BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)
4. Persembahan terbaik (Pengurusan) - Medistorm (Jabatan Kewangan, PPUKM)
5. Persembahan terbaik (Teknikal) - De'5 (Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM)

Kategori Pengurusan
1. Johan - Medistorm (Jabatan Kewangan, PPUKM)
2. Naib Johan - One Touch (Jabatan Kewangan, PPUKM)
3. Ketiga - Optimum (Jabatan Bendahari, UKM)

Kategori Teknikal
1. Johan - BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)
2. Naib Johan -Optimus (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)
3. Ketiga - De'5 (Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang...



24 October 2013

Keputusan International Convention on QC Circles 2013 - Taipei

International Convention on QC Circles 2013 - Taipei telah diadakan pada:

Tarikh: 22-25 Oktober 2013
Tempat: Taipei International Convention Center (TICC), Taipei, Taiwan.

Pada ICQCC pada kali ini, UKM telah diwakili oleh Kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan, Pusat Perubatan UKM. Kumpulan tersebut telah memenangi Excellent Award di atas pembentangan yang telah dipersembahkan semasa konvensyen di jalankan.

Kejayaan ini adalah satu kejayaan yang membanggakan kerana ini adalah kali ke-4 berturut-turut kumpulan KIK dari UKM dapat mewakili Malaysia dan mendapat kejayaan yang amat membanggakan. Tahniah kepada kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan, Pusat Perubatan UKM.



(Gambar dari facebook Mohd Hezra Sulaiman)

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Peringkat Penapisan) Tahun 2013 UKM

Berikut adalah senarai kumpulan yang layak untuk menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif bagi Tahun 2013 UKM:

1. One Touch (Jabatan Kewangan, PPUKM)
2. Metia (UKM Bangi)
3. Refelsia (Pusat Endoskopi PPUKM)
4. Medistorm (Jabatan Kewangan, PPUKM)
5. Optimum (UKM Bangi)

Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya. Lima kumpulan yang bertanding bagi kategori teknikal pula secara automatik akan menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Tahun 2013 UKM yang akan diadakan pada 20 November 2013.




03 October 2013

Keputusan Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat kebangsaan

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat kebangsaan telah diadakan pada:

Tarikh: 2-4 Oktober 2013
Tempat: Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang.

Terdapat 3 kumpulan telah mewakili UKM bagi konvensyen yang telah diadakan. Berikut adalah senarai kumpulan dan kejayaan semasa konvensyen diadakan:

1. Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM) - Memenangi anugerah 2 bintang
2. Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM) - Memenangi anugerah 3 bintang
3. Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM) - Memenangi anugerah 3 bintang

Kumpulan Charge v2 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM juga telah mendapat 10 tempat terbaik dan layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Colombo, Sri Lanka pada tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini akan memberikan semangat untuk semua kakitangan di dalam konvensyen yang akan datang.