30 September 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Peringkat Penapisan) Tahun 2013 UKM

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Peringkat Penapisan) Tahun 2013 UKM akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 21 - 22 Oktober 2013 (Kategori Pengurusan)
Tempat : Puri Pujangga, UKM.

Masa persembahan dihadkan selama 20 minit dan 10 minit masa untuk soal jawab bersama dengan cadangan penambahbaikan oleh panel. Hanya 30 minit dihadkan untuk sebuah kumpulan. Hanya 5 kumpulan akan dipilih untuk menyertai peringkat seterusnya.

Kumpulan yang bertanding bagi kategori teknikal pula akan secara automatik menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Tahun 2013 UKM yang akan diadakan pada bulan November.

16 September 2013

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat kebangsaan

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat kebangsaan diadakan pada:

Tarikh: 2-4 Oktober 2013
Tempat: Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang.

Terdapat 3 kumpulan telah mewakili UKM bagi konvensyen yang telah diadakan. Berikut adalah senarai kumpulan yang akan mewakili UKM dalam konvensyen yang akan diadakan:

1. Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
2. Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM)
3. Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM)

Semoga semua kumpulan beroleh kejayaan yang membanggakan.

09 September 2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 4/2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 4/2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 28-29 September 2013 (Sabtu hingga Ahad)
Tempat: Sukmaria, PPUKM.

Sukacita di maklumkan untuk semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk KIK pada tahun ini untuk menyertai bengkel yang akan diadakan. Kumpulan perlu menyediakan dan membentangkan 'slide presentation ' mengenai projek kik yang dijalankan sekurang-kurangnya sehingga tamat projek.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai bengkel yang diadakan, sila maklumkan kepada Puan Mardeyah Hashim (5068). Semoga bengkel pada kali ini akan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

08 July 2013

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat Wilayah Tengah

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat Wilayah Tengah telah diadakan pada:

Tarikh: 2-3 Julai 2013
Tempat: Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor.
Terdapat 4 kumpulan telah mewakili UKM bagi konvensyen yang telah diadakan. Berikut adalah senarai kumpulan yang akan mewakili UKM dalam konvensyen yang akan diadakan:

1. Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
2. Kumpulan Sinaran (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM)
3. Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM)
4. Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM)

Tahniah diucapakan kepada semua kumpulan kerana telah berjaya memperolehi Anugerah EMAS didalam pertandingan yang diadakan. Kumpulan yang memenangi Anugerah EMAS berpeluang untuk menyertai konvensyen di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada  1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

25 June 2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 2/2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 2/2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 21-23 Jun 2013 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Genting Highland, Pahang.

Semua kumpulan telah membentangkan 'slide presentation ' mengenai projek kik yang dijalankan sekurang-kurangnya sehingga mencapai tahap ujicuba 1. Sesi konsultasi telah diadakan dan semua fasilitator telah berpuas hati dengan projek yang dijalankan dan merasakan projek yang dibentangkan akan dapat membantu jabatan didalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

26 May 2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 2/2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 2/2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 21-23 Jun 2013 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Genting Highland, Pahang.

Sukacita di maklumkan untuk semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk KIK pada tahun ini untuk menghantar seramai 5 orang wakil dari setiap kumpulan bagi menyertai bengkel yang akan diadakan. Kumpulan perlu menyediakan dan membentangkan 'slide presentation ' mengenai projek kik yang dijalankan sekurang-kurangnya sehingga mencapai tahap ujicuba 1.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai bengkel yang diadakan, sila maklumkan kepada Puan Mardeyah Hashim (5068). Semoga bengkel pada kali ini akan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

24 May 2013

Konvensyen KIK peringkat IPTA ke-9

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM) kerana telah berjaya memenangi tempat ke-3 dalam kategori pengurusan. Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM) juga telah berjaya memenangi tempat ke-3 dalam Kategori Teknikal.

Kejayaan yang paling membanggakan, apabila Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM) juga telah mencapai kejayaan kerana telah menjadi Juara dalam Kategori Teknikal, Juara keseluruhan dan anugerah fasilitator terbaik dalam konvensyen yang telah diadakan tersebut.

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 20-22 Mei 2013
Tempat: Universiti Utara Malaysia.

Turut menyertai konvensyen pada kali ini adalah Kumpulan Sinaran (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM). Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang bertanding. Bertemu lagi di konvensyen akan datang yang akan diadakan di Unimas.