29 December 2012

Pendaftaran Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Pusat Perubatan UKM bagi tahun 2013

Pendaftaran Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi Pusat Perubatan UKM bagi tahun 2013 telah dibuka. Borang pendaftaran telah diedarkan ke semua jabatan/ pusat di PPUKM. Borang juga boleh di muat turun di  tapak web berikut:


Setiap kumpulan perlu menyenaraikan 1 (satu) orang fasilitator, 1 (satu) orang ketua kumpulan dan maksima seramai 9 (sembilan) orang ahli kumpulan. Semua jabatan/ pusat di jemput untuk menyertai KIK 2013 ini. Tarikh tutup penyertaan: 18 Januari 2013

26 December 2012

Anugerah Inovasi UKM 2013

Semua kumpulan KIK yang telah menyertai konvensyen KIK peringkat UKM (peringkat separuh akhir dan akhir) di jemput untuk menyertai Anugerah Inovasi UKM 2013. Borang penyertaan boleh diserahkan kepada Jabatan Kualiti PPUKM untuk dimajukan kepada Pusat Perancangan Korporan dan Kepimpinan UKM.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah ini boleh lawati:

Tarikh tutup penyertaaan adalah pada 13 Januari 2013.

Mesyuarat jawatankuasa KIK PPUKM Bil 3/12

Mesyuarat telah diadakan pada:

Tarikh 26 Disember 2012
Masa: 9.30am
Tempat: Bilik Mesyuarat Unit Transplantasi Sel Stem

Agenda mesyuarat pada kali ini adalah untuk:
1. Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
2. Perkara-perkara berbangkit.
3. Post moterm aktiviti KIK tahun 2012
4. Perancangan KIK Tahun 2013
5. Lain-lain hal.


28 November 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17 Universiti Kebangsaan Malaysia.


Segalanya sudah terjawab, keputusan konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif yang ke-17 peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia telah diketahui. Ianya telah berlangsung pada:

Tarikh: 27 November 2012
Masa: 9.00am-5.00pm
Tempat: DK 43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Buat julung kalinya, konvensyen pada kali ini mempunyai peringkat separuh akhir dan akhir. Hanya 4 kumpulan dari kategori pengurusan dan 4 kumpulan dari kategori teknikal telah terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir.

Berikut adalah keputusan pemenang konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif ke-17 peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johan Keseluruhan: Charge V2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM)
Fasilitator Terbaik (Kategori pengurusan): Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
Fasilitator Terbaik (kategori teknikal): Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM) 
Persembahan Terbaik (kategori pengurusan): Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
Persembahan Terbaik (kategori teknikal): Viser (Jabatan Makmal Diagnostik)

Kategori pengurusan
Johan: Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
Naib Johan: Sinaran (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM)
Tempat Ketiga: Reflesia (Unit Endoskopi, PPUKM)

Kategori Teknikal
Johan: Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM
Naib Johan: Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM)
Tempat Ketiga: Exotic (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)

Pihak juri telah mengalami kesukaran untuk membuat keputusan kerana persaingan antara kumpulan dalam kategori pengurusan dan teknikal amat sengit. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus dalam mengendalikan konvensyen, semua peserta yang mengambil bahagian dan semua pemenang.




04 November 2012

Bengkel KIK Pusat Perubatan UKM bil. 5/2012

Untuk makluman tuan / puan Jawatankuasa KIK PPUKM akan mengadakan Bengkel KIK Bil.5/2012 seperti butiran berikut:-

Tarikh: 8-9 November 2012
Hari: Khamis-Jumaat
Tempat: Sukmaria (8hb) dan Bilik Mesyuarat Jabatan Kualiti (9hb)

1. Kumpulan RAFLESIA 9.00 – 10.30 pagi - SUKMARIA
2. Kumpulan EXOTIC 11.00 – 12.30 tgh - SUKMARIA
3. Kumpulan VISER 2.00 - 3.30 ptg. - SUKMARIA
4. Kumpulan PERMADI 3.30 – 5.00 ptg. - SUKMARIA
5. Kumpulan MEDIPRIMA - 8.30 – 10.00 pagi Jabatan Kualiti
6. Kumpulan SINARAN - 10.30 – 12.00 tgh Jabatan Kualiti

Sehubungan dengan itu Fasilitator, ketua dan semua ahli kumpulan adalah dijemput hadir ke bengkel tersebut 15 minit sebelum giliran bermula mengikut Jadual di atas. Jika terdapat sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan Puan Mardeyah Hashim (5068). Dipohon kepada Ketua Kumpulan agar dapat memaklumkan atau mengedarkan surat ini kepada fasilitator dan semua ahli kumpulan masing-masing. Perhatian dan kerjasama dari tuan / puan bagi menjayakan Bengkel KIK ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

02 November 2012

Konvensyen KIK ke-17 peringkat UKM

Konvensyen KIK ke-17 peringkat UKM akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : DK43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi

Senarai giliran untuk pertandingan peringkat akhir konvensyen ini adalah seperti berikut:

9.00 pagi - Kumpulan GRACIAS (Pengurusan)
9.30 pagi - Kumpulan EXOTIC (Teknikal)
10.00 pagi - Kumpulan SINARAN (Pengurusan)
11.00 pagi - Kumpulan VISER (Teknikal)
11.30 pagi - Kumpulan RAFFLESIA (Pengurusan)
12.00 pagi - Kumpulan CHARGE V2 (Teknikal)
2.30 petang - Kumpulan MEDIPRIMA (Pengurusan)
3.00 petang - Kumpulan PERMADI (Teknikal)

Sehubungan dengan itu, satu ujicuba/ raptai akan dijalankan pada 26 November 2012 (Isnin) pada jam 10.00 pagi – 1.00 petang bagi melicinkan lagi perjalanan konvensyen. Semua pihak yang terlibat diwajibkan hadir. 

Selain itu, pihak urusetia memohon setiap kumpulan menghantar empat (4) salinan buku projek bersama dengan satu (1) salinan CD sebelum 16 November 2012 (Jumaat) ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar untuk diberikan kepada Panel Penilai. 

Berkaitan dengan itu, setiap kumpulan diminta membuat ringkasan projek untuk dimuatkan di dalam Buku Aturcara Konvenseyen KIK 2012 sebelum 12 November 2012 (Isnin)

Berikut adalah format ringkasan projek yang perlu dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ melalui e-mel ke irwan@ukm.my dan salinan (CC) ke melor81@ukm.my :
- Logo dan gambar bersama ahli-ahli kumpulan
- Nama kumpulan & fakulti / jabatan
- Fasilitator, Ketua kumpulan dan ahli-ahli
- Tajuk projek
- Kategori projek
- Tarikh projek
- Tarikh persembahan pengurusan
- Huraian ringkas masalah / projek
- Cadangan penyelesaian
- Faedah projek
- Sumbangan projek kepada objektif jabatan
- Jangkaan tempoh pelaksanaan

Mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat memastikan tiada kesalahan ejaan pada nama setiap peserta kerana segala maklumat yang disampai akan dihantar terus kepada pihak penerbitan. Sebarang masalah, sila hubungi kami di talian 03-89213026 / 3617.

18 October 2012

Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012


Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan, Kumpulan BenuaCIPTA - Jabatan Radiologi dan Kumpulan Uniti - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam National Convention in Quality Control Circle (Peringkat Kebangsaan). 

Kumpulan Mediprima juga telah berjaya menjadi 10 kumpulan terbaik dan dipilih untuk mewakili Malaysia didalam konvensyen ICQCC yang akan diadakan di Taiwan pada 22-25 Oktober 2013 nanti. Kejayaan ini merupakan satu bukti jelas dalam peningkatan dan pengekalan kejayaan untuk aktiviti KIK di Pusat Perubatan UKM. Berikut adalah sejarah kumpulan KIK dari PPUKM yang telah berjaya mewakili negara diperingkat antarabangsa dalam aktiviti KIK ini:

2010 - Kumpulan Advance - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan. (Di adakan di Hendrabat, India) 
2011 - Kumpulan BenuaCIPTA - Jabatan Perkhidmatan Radiologi, (Di adakan di Yokohama, Jepun)
2012 - Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi. (Di adakan di Kuala Lumpur, Malaysia.)
2013 - Kumpulan Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan. (Akan diadakan di Taipei, Taiwan.)

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 2 hari ini berlangsung dari 16-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua kumpulan.