Konvensyen ICC Wilayah Tengah 2012 telah diadakan pada:
Tarikh: 26-27 Jun 2012
Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.
Tahniah diucapkan kepada:
Kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)
Kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)
Kumpulan Uniti (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)
Kerana telah berjaya memenangi Pingat Emas didalam konvensyen ini dan berpeluang untuk menyertai konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) nanti.
29 June 2012
12 June 2012
Lawatan penilaian KIK Peringkat Negeri Selangor 2012
Lawatan penilaian KIK Peringkat Negeri Selangor 2012 telah diadakan pada:
Tarikh: 12 Jun 2012
Hari: Selasa
Masa: 9.00 am - 2.00 pm
Lawatan diadakan bagi menilai projek KIK yang akan dipertandingkan didalam konvensyen KIK peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada 10 dan 11 Julai 2012. Terdapat 2 kumpulan yang akan menyertai konvensyen yang akan diadakan pada kali ini.
Kumpulan yang bertanding adalah:
Kumpulan Mediprima - Jabatan Rekod Perubatan - Kategori Pengurusan
Kumpulan BenuaCIPTA - Jabatan Radiologi - Kategori Teknikal
Lawatan ini akan menyumbang kepada 30% dari markah keseluruhan yang terdiri daripada 20% markah persembahan, 40% markah dokumentasi dan 10% markah lagi bagi pameran. Format konvensyen kali ini adalah format yang terkini digunakan bagi pihak INTAN dan MAMPU bagi proses penilaian projek KIK yang akan diadakan.
Penilian pada kali ini lebih kepada dokumentasi projek. Penal penilai lawatan amat berpuas hati dengan bukti perjalanan projek yang dipersembahkan. Hanya sedikit teguran diberikan kepada kumpulan untuk memperbaiki dokumentasi dengan menyatakan bukti mengikut perjalanan persembahan yang telah dibuat. Selamat maju jaya kepada semua kumpulan yang bertanding.
11 June 2012
Konvensyen ICC Wilayah Tengah (2012)
Konvensyen ICC Wilayah Tengah 2012 akan diadakan pada:
Tarikh: 26-27 Jun 2012
Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.
PPUKM akan diwakili oleh 3 kumpulan yang terdiri dari 2 kategori:
Kategori Pengurusan:
Kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)
Kategori Teknikal:
Kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)
Kumpulan Uniti (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)
Untuk maklumat lanjut mengenenai konvensyen yang akan diadakan, sila lawati: http://www.mpc.gov.my/home/?sstr_lang=bm&cont=ds&id=5i10&item=d5&t=4
Bengkel KIK Bil 3/2012
Bengkel KIK Bil 3/2012 telah diadakan pada:
Tarikh: 8-10 Jun 2012
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.
Tarikh: 8-10 Jun 2012
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.
Bengkel yang kali ketiga KIK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah memberikan pendedahan lanjutan kepada para peserta mengenai "QC Story". Semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK pada tahun ini telah berada dalam landasan yang betul dalam menyiapkan projek KIK bagi kumpulan masing-masing. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta didalam bengkel yang diadakan amat baik sekali. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan.
07 May 2012
Jadual Bengkel KIK Bil 3/2012
Bengkel KIK Bil 3/2012 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 8-10 Jun 2012
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.
Kepada kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK bagi tahun ini, sila maklumkan nama peserta (maksima 6 orang bagi 1 kumpulan), pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat bengkel dan jenis bilik yg diperlukan melalui email kepada Pn. Mardeyah (mardeyah@ppukm.ukm.my) di Jabatan Kualiti selewat-lewatnya pada 18hb Mei 2012.
25 April 2012
Klinik Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pusat Perubatan Ukm Bil 1/2012
Dimaklumkan bahawa Klinik KIK Bil 1/2012 bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2012 akan diadakan bermula pada 7 hingga 15 Mei 2012. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK selepas Bengkel KIK Bil 2/2012 yang lalu.
Dilampirkan jadual Klinik KIK tersebut untuk perhatian dan tindakan semua Kumpulan KIK PPUKM 2012. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai Fasilitator/Ketua Kumpulan KIK adalah diharapkan dapat bersedia bersama ahli kumpulan di Jabatan masing-masing pada jam 11 pagi atau 3 petang pada tarikh yang telah ditetapkan.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi saya di talian 5885 atau Pn Habsah Aziz di talian 6748. Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan bagi menjayakan Klinik KIK ini amatlah dihargai
09 April 2012
Bengkel KIK Bil 2/2012
Bengkel KIK Bil 2/2012 telah diadakan pada:
Tarikh: 6-8 April 2012
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang.
Bengkel yang kali kedua KIK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang "QC Story". Semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK pada tahun ini telah mempunyai tajuk dan dalam landasan yang betul dalam menyiapkan projek KIK bagi kumpulan masing-masing. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta didalam bengkel yang diadakan amat baik sekali. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


