26 July 2011

Keputusan Konvensyen ICC & QE Wilayah Tengah 2011

Konvensyen ICC & QE Wilayah Tengah 2011 telah diadakan pada:

Tarikh: 25-26/7/2011
Hari: Isnin dan selasa
Tempat: Hotel Grand Dorset, Subang Jaya, Selangor.

Pusat Perubatan UKM telah menghantar 4 pasukan didalam konvensyen pada kali ini, pasukan tersebut terdiri daripada para pemenang pada konvensyen UKM yang diadakan pada tahun lepas.

1. Kumpulan One Touch - Jabatan Kewangan, PPUKM
2. Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, PPUKM
3. Kumpulan Brave - Jabatan Pemulihan Perubatan, PPUKM
4. Kumpulan TEN - Jabatan ENT, PPUKM

Didalam konvensyen yang diadakan PPUKM telah berjaya meraih 3 anugerah emas dan 1 anugerah perak.

PPUKM juga menghantar sebuah pasukan untuk menyertai Konvensyen QE, didalam konvensyen yang diadakan, PPUKM telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang didalam konvensyen yang disertai.

Tahniah kepada semua pemenang.

23 July 2011

Klinik KIK 2/2011

Dimaklumkan bahawa Klinik KIK bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2011 akan diadakan bermula pada 3 Ogos 2011 sehingga 19 Ogos 2011. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK sebelum Bengkel KIK ketiga yang dijangka akan diadakan pada 23-25 September 2011 nanti.

Di sertakan jadual klinik KIK yang akan diadakan:


Di harapkan semua kumpulan KIK yang terlibat akan dapat bersedia menantikan kunjungan AJK KIK PPUKM di jabatan masing-masing pada hari (3-19 Ogos 2011) dan masa (11-12 tengahari) yang telah ditetapkan.

16 July 2011

Pindaan tarikh Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri Selangor

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Yang Ke 24 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan, Bagi Sektor Awam Tahun 2011 telah ditunda pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 29-30 September 2011 (pindaan terkini)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium dan Bankuet, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
Maklumat diperolehi dari Portal Kerajaan Negeri Selangor.


Urusetia:
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 18, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam,
Selangor
Kemaskini pada 14 Julai 2011.

24 June 2011

Lawatan Penilai Konvensyen KIK Peringkat Negeri Selangor

Lawatan Penilai Konvensyen KIK Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 24 Jun 2011
Masa: 9.30 am
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga / Jabatan Radiologi / Jabatan Kewangan

Lawatan Penilai Konvensyen pada kali ini di wakili olah 2 orang wakil dari SUK Selangor. Lawatan diadakan untuk menilai 4 faktor utama iaitu dokumentasi, surat menyurat, impak projek dan pengemaskinian dokumentasi ISO.

Penal audit yang diketuai oleh En. Mohd Khairul Hidayat ini juga telah membuat lawatan ke Jabatan Kewangan dan Jabatan Radiologi untuk membuat penilaian secara terpeinci dokumen-dokumen yang terlibat dalam projek. Lawatan telah tamat pada jam 12.30 tengahari.

09 June 2011

Mesyuarat persiapan Konvensyen KIK yang ke 24 peringkat negeri Selangor bagi sektor awam tahun 2011...

Mesyuarat persiapan Konvensyen KIK yang ke 24 peringkat negeri Selangor bagi sektor awam tahun 2011 telah diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut...

Tarikh: 8 Jun 2011 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan SSAS, Shah Alam.

Mesyuarat diadakan untuk membincangkan persiapan majlis konvensyen KIK yang akan diadakan... Kumpulan Sinaran dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi dan Kumpulan One Touch dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM akan mewakili UKM didalam konvensyen yang akan diadakan pada 26-27 Julai 2011...

Sebanyak 15 kumpulan dari kategori pengurusan dan 20 kumpulan dari kategori teknikal yang akan mengambil bahagian didalam konvensyen yang akan diadakan ini. 70% markah akan dinilai di hari persembahan KIK dan 30% markah akan dinilai hasil dari lawatan yang akan diadakan oleh para penilai ke jabatan yang akan menyetai pertandingan yang akan diadakan... Kedua-dua buah kumpulan perlu menyerahkan buku laporan projek sebanyak 3 naskah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2011... Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding...

21 May 2011

Bengkel persediaan Konvensyen KIK peringkat Selangor

Bengkel persediaan Konvensyen KIK peringkat Selangor telah di adakan pada:

Tarikh: 20 Mei 2011
Masa: 8.30-12.30 tengahari
Tempat: Bilik Seminar 2, Kolej Keris Mas, UKM, Bangi.

Bengkel yang telah adakan untuk berkongsi pengalaman Kumpulan Charge yang pernah menyertai konvensyen KIK yang dijalankan pada tahun 2010. Di dalam konvensyen yang diadakan tersebut, Kumpulan Charge telah menjadi naib johan. Pengalaman dari kumpulan Charge telah di kongsi bersama Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi PPUKM dan Kumpulan Onetouch Dari Jabatan Kewangan PPUKM.

Semua peserta yang menyertai bengkel ini berpuas hati dengan input yang di terima.

01 May 2011

Update terkini mengenai Konvensyen ICC peringkat antarabangsa

Sepertimana yang dimaklumkan didalam entri blog sebelum ini, KIK BenuaCIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM telah ditawarkan untuk menyertai ICCQCC 2011 yang akan diadakan di Yokohama, Jepun. Walau bagaimana pun, tarikh konvensyen yang akan diadakan telah menjadi tanda tanya disebabkan oleh kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah berlaku di negara tersebut.

Berita terkini yang telah dikeluarkan secara rasmi di tapak web ICCQCC telah memaklumkan ICCQCC akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan, tanpa sebarang pertukaran iaitu pada 11-14 September 2011 ini. Keputusan ini telah dipersetujui didalam mesyuarat yang telah diadakan pada 27 April 2011 yang lalu. Pihak penganjur juga memaklumkan keadaan telah menjadi semakin pulih seperti biasa dan acara tersebut akan diadakan di tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Diharapkan dengan tersiarnya berita yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur ICCQCC ini, KIK BenuaCIPTA akan meneruskan usaha untuk mempersiapkan dan memperkemaskan lagi persembahan yang akan dibuat di konvensyen yang akan diadakan tersebut.