18 April 2011

Rumusan Klinik KIK Bilangan 1/2011

Klinik KIK Bilangan 1/2011 telah selamat dijalankan, dimana kesemua kumpulan telah dilawati oleh JK KIK PPUKM sepanjang 2 minggu perlaksanaan klinik dijalankan. Pada setiap petang, wakil dari JK KIK PPUKM akan membuat lawatan ke Jabatan kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan bagi KIK pada tahun ini untuk mengetahui perkembangan projek yang kumpulan telah jalankan.

Rumusan dari bengkel yang diadakan, kebanyakkan kumpulan yang telah dilawati telah mencapai kemajuan projek yang di jadualkan. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa kumpulan yang perlu bergerak dengan lebih pantas kerana tidak mencapai pada tahap yang telah ditetapkan. Kumpulan KIK pada ketika ini, pada jadualnya perlu sampai ke tahap mendefinasikan tajuk projek yang dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya mencapai jalan penyelesaian terhadap projek yang dijalankan. JK KIK PPUKM akan sentiasa membantu didalam perlaksanaan projek yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan KIK... Jumpa di Bengkel Bil 2/2011 nanti...

06 April 2011

Pemakluman Bengkel KIK PPUKM BIL 2/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubatan UKM Bil 2/2011 akan diadakan pada:

Tarikh: 13-15 Mei 2011
Hari: Jumaat-Ahad
Tempat: Luar PPUKM

Semua kumpulan yang terlibat perlu melengkapkan borang kehadiran (terhad kepada 5 ahli bagi setiap kumpulan) dan kembalikan borang tersebut kepada Pn. Mardeyah Hashim di Jabatan Kualiti sebelum 13 April 2011. Kerjasama semua didalam melancarkan program yang akan diadakan amat dihargai.

31 March 2011

Keputusan Konvensyen ICC IPT 2011 Uniten

Tahniah diucapkan kepada wakil UKM, Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM dan Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM kerana telah berjaya memenangi Anugerah Emas dalam pertandingan ICC peringkat IPT anjuran Universiti Tenaga Nasional.

Kumpulan Sinaran juga telah memenangi anugerah "The Most Creative Team" didalam pertandingan yang diadakan pada 30 Mac 2011 di Dewan Seminar Pusat Pengurusan Kualiti, Universiti Tenaga Nasional. Pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Uniten ini telah menarik minat penyertaan dari 14 buah pasukan dari dalam dan luar Uniten.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada kedua-dua buah kumpulan, kejayaan kumpulan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan semua ahli untuk menyertai pertandingan yang lebih besar lagi. Kejayaan kumpulan juga telah menaikkan nama UKM sebagai sebuah universiti yang membudayakan kualiti melalui program ICC.

21 March 2011

Klinik KIK 1/2011

Dimaklumkan bahawa Klinik KIK bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2011 akan diadakan bermula pada 4 April 2011 sehingga 22 April 2011. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK sebelum Bengkel KIK kedua pada 6-8 Mei 2011 nanti.

Di sertakan jadual klinik KIK yang akan diadakan:

18 March 2011

Pertandingan ICC peringkat universiti


Pertandingan ICC peringkat universiti akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 30 Mac 2011 (Rabu)
Tempat : Bangunan Pentadbiran, Universiti Tenaga Nasional
Anjuran: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Objektif pertandingan diadakan adalah untuk menggalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan ICC bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi dan mempromosikan amalan ICC untuk dipraktikkan oleh organisasi-organisasi lain. Kumpulan ICC yang terbaik dari Unit Bisnes, TNB, Universiti awam dan swasta serta organisasi luar dijemput untuk membentangkan projek ICC mereka.

Dalam pertandingan yang akan diadakan, UKM akan diwakili oleh:
1. Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM.
2. Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM.

Selamat maju jaya kepada kumpulan yang akan bertanding.

14 March 2011

Bengkel KIK PPUKM Bil 1/2011


Bengkel KIK PPUKM bilangan 1/2011 telah diadakan pada 11-13 Mac 2011 di A'Famosa Resort, Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal semua kumpulan yang akan terlibat didalam menjalankan projek KIK bagi tahun 2011 ini.

Sebanyak 15 kumpulan KIK yang terdiri dari pelbagai jabatan dan disiplin telah menyertai bengkel yang diadakan pada kali ini. Semangat dan penglibatan semua peserta di dalam bengkel yang dianjurkan ini amat membanggakan. Semoga dengan adanya bengkel yang diadakan, semua peserta akan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi cara menggunakan kaedah KIK bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan masing-masing.