21 February 2010

Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2010


Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat IPTA kali ke-6 telah diadakan pada 18-20 Febuari 2010 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

UKM telah diwakili oleh 4 kumpulan:
Kategori Pengurusan
1. KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM.
2. KUMPULAN PROTAG, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Kategori Teknikal
1. KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.
2. KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memenangi JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 ini dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM

Naib Johan Kategori Teknikal
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.

16 February 2009

Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2009 (Kali ke-5)

KONVENSYEN KIK PERINGKAT IPTA KALI KE-5 DI UMS, SABAH.

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-5 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Kuliah Pusat A1 dan B1, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 6 & 7 Februari 2009 yang lalu. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah diadakan di Ballroom 1 Borneo pada 7 Feb 2009.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA ke-5 tahun 2009 telah diadakan pada 7 Februari 2009 di Universiti Malaysia Sabah. Konvensyen ini telah disertai oleh 20 kumpulan iaitu 13 kategori Pengurusan dan 7 kategori Teknikal.

UKM telah menghantar 4 Kumpulan Inovatif & Kreatif iaitu:
1. Kumpulan Advance (JPPP, PPUKM)
2. Kumpulan IMPAQ (Jabatan Kualiti, PPUKM)
3. Kumpulan Sentromer (UMBI, UKM)
4. Kumpulan Teraju (Jabatan Pentadbiran AM, PPUKM)

Bersama ini disertakan keputusan keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA ke-5 tahun 2009 ini:-

Kategori Teknikal:
1.JOHAN: Kump. MySMART (PTAR, UiTM) (WANG TUNAI RM3,000 + PIALA + SIJIL)
2. TEMPAT KEDUA: Kump. eWAVE (PTAR, UiTM) (WANG TUNAI RM2,000 + PIALA + SIJIL)
3. TEMPAT KETIGA: Kump. PERMATA (USM) (WANG TUNAI RM1,000 + PIALA + SIJIL)

Kategori Pengurusan:
1. JOHAN: Kump. SMART REG-O (UPM) (WANG TUNAI RM3,000 + PIALA + SIJIL)
2. TEMPAT KEDUA: Kump. PELANGI (PEJABAT PENDAFTAR, UiTM) (WANG TUNAI RM2,000 + PIALA + SIJIL)
3. TEMPAT KETIGA: Kump. TRIPLE B PIRAMID (USM) (WANG TUNAI RM1,000 + PIALA + SIJIL)

JOHAN KESELURUHAN:
Kump. MySMART (PTAR, UiTM) (PIALA + SIJIL)

1. ANUGERAH FASILITATOR TERBAIK - EN. ARIFFIN JAMALUDDIN - (PIALA + SIJIL) Kump. MySMART (PTAR, UiTM)

2. ANUGERAH INOVASI TERBAIK (Kategori Pengurusan) - Kump. SMART (UUM) (PIALA + SIJIL)

3. ANUGERAH INOVASI TERBAIK (Kategori Teknikal) - Kump. eWAVE (PTAR, UiTM) (PIALA + SIJIL)

4. ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK (Kategori Pengurusan) - Kump. SUARA (Pejabat Pendaftar) (PIALA + SIJIL)

5. ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK (Kategori Teknikal) - Kump. ADVANCE (UKM) (PIALA + SIJIL)

6. ANUGERAH KHAS: ANUGERAH INOVASI HARAPAN - Kump. SENTROMETER (UKM) (PIALA + SIJIL)

TAHNIAH sekali lagi di ucapkan kepada semua pemenang.

Read More
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_03.htm
http://www.ums.edu.my/kik5/Keputusan_Pemenang_Konvensyen_KIK_Ke-5.pdf
http://ppums08.wordpress.com/2009/02/12/konvensyen-kik-peringkat-ipta-kali-ke-5-ums/