19 November 2014

Mini konvensyen KIK Kategori Teknikal

Mini konvensyen KIK Kategori Teknikal telah diadakan pada

Tarikh: 18 November 2014
Hari: Selasa
Masa: 8.30 am- 5.00pm
Tempat: Institut Latihan KWSP, Bangi, Selangor.

Mini konvensyen yang diadakan selama 1 hari ini telah diadakan untuk memilih 4 kumpulan terbaik kategori teknikal daripada 6 kumpulan yang ada. 

Empat kumpulan yang berjaya terpilih untuk menyertai konvensyen KIK peringkat UKM yang akan diadakan pada 17 Disember 2014 adalah:
  1. Kumpulan Sinaran (Jabatan Radiologi, PPUKM)
  2. Kumpulan Permadi2 (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM)
  3. Kumpulan Macromedia (PTSL, UKM)
  4. Paradigm (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga semua akan dapat lakukan yang terbaik untuk konvensyen yang akan datang ini.







03 November 2014

Bengkel KIK Bil 5/2014

Bengkel KIK Bil 5/2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 1-2 November 2014
Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: 8.30 am - 10.00 mlm
Tempat: Sukmaria, PPUKM

Bengkel ini bertujuan untuk membuat semakan akhir keatas semua projek KIK yang dihasilkan oleh semua kumpulan dari PPUKM. Pada hari pertama, bengkel di khususkan untuk semua kumpulan yang akan menyertai pertandingan KIK peringkat UKM bagi tahun 2014 dan pada hari kedua, ianya dikhususkan untuk semua kumpulan dari PPUKM yang akan menyertai konvensyen ICC peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada  24-26 November 2014 di KL Konvensyan Center. 

Selamat maju jaya untuk semua kumpulan yang akan menyertai konvensyen yang akan diadakan nanti. 




16 October 2014

Bengkel Kriteria Penilaian Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Bengkel Kriteria Penilaian Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada:

Tarikh: 14-15 Oktober 2014
Hari: Selasa-Rabu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kelab Golf Danau, UKM Bangi.

Bengkel ini memberi peluang kepada para peserta untuk membuat penilaian projek KIK. Ianya dihadiri dari pelbagai IPTA di seluruh Malaysia, ini termasuklah UPM, UiTM dan UPNM. Sesi penilaian projek secara praktikal juga diadakan bagi mendedahkan kepada semua peserta tentang bagaimana penilaian projek dilaksanakan. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan ini. Semoga bengkel seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang.




22 September 2014

Bengkel KIK Bil 4/2014

Bengkel KIK Bil 4/2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 19-21 September 2014
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 8.30 am - 10.30 pm
Tempat: Racona Hotel, Kuantan Pahang.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah bengkel kali ke-3 kepada semua kumpulan yang mengambil bahagian dalam KIK pada tahun ini. Bengkel ini akan merangkumi topik Cadangan penyelesaian, ujicuba dan penyelesaian masalah berdasarkan target setting.





26 May 2014

Bengkel KIK Bil 2/2014

Bengkel KIK Bil 2/2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 24-25 Mei 2014
Hari: Sabtu-Ahad
Masa: 8.30 am - 4.30 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, PPUKM.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini adalah bengkel kali ke-2 kepada semua kumpulan yang mengambil bahagian dalam KIK pada tahun ini. 




15 April 2014

Bengkel KIK Bil 1/2014

Bengkel KIK Bil 1/2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 22-23 April 2014
Masa: 8.00 am - 5.00 pm
Tempat: ASSC, PPUKM.

Semua kumpulan yang mendaftar untuk menyertai KIK pada tahun ini telah hadir didalam bengkel yang akan diadakan ini.





11 April 2014

Konvensyen KIK peringat IPTA 2014

Tahniah di ucapkan kepada kumpulan OneTouch dari Jabatan Kewangan PPUKM kerana telah menjadi Juara kategori pengurusan dan anugerah inovasi harapan di Konvensyen KIK peringat IPTA di UNIMAS... UKM masih mengekalkan momentum untuk menjadi yang terunggul dalam KIK di peringkat IPTA.

Konvensyen telah berlangsung pada:

Tarikh: 8-10 April 2013
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Universiti Malaysia Sarawak.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Maklumat lanjut: http://www.unimas.my/kik/



Live streaming
Pengurusan 9/4/2014
8:30am (A) - http://www.youtube.com/watch?v=ZOrMzW5nuIE
2:00pm - http://www.youtube.com/watch?v=cayHPfiT1OA
8:30am (B) - http://www.youtube.com/watch?v=IRLXetU7Udo

Pengurusan 10/4/2014
8:30am - http://www.youtube.com/watch?v=MdxwhG7IvvU (Medistorm dan OneTouch)

Teknikal 9/4/2014
8:30am - http://www.youtube.com/watch?v=wums00cfLjk (Benuacipta)
2:00pm - http://www.youtube.com/watch?v=Q1n2Z-anNXE (Optimus)