26 May 2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 2/2013

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 2/2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 21-23 Jun 2013 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Genting Highland, Pahang.

Sukacita di maklumkan untuk semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk KIK pada tahun ini untuk menghantar seramai 5 orang wakil dari setiap kumpulan bagi menyertai bengkel yang akan diadakan. Kumpulan perlu menyediakan dan membentangkan 'slide presentation ' mengenai projek kik yang dijalankan sekurang-kurangnya sehingga mencapai tahap ujicuba 1.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai bengkel yang diadakan, sila maklumkan kepada Puan Mardeyah Hashim (5068). Semoga bengkel pada kali ini akan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

24 May 2013

Konvensyen KIK peringkat IPTA ke-9

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM) kerana telah berjaya memenangi tempat ke-3 dalam kategori pengurusan. Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM) juga telah berjaya memenangi tempat ke-3 dalam Kategori Teknikal.

Kejayaan yang paling membanggakan, apabila Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM) juga telah mencapai kejayaan kerana telah menjadi Juara dalam Kategori Teknikal, Juara keseluruhan dan anugerah fasilitator terbaik dalam konvensyen yang telah diadakan tersebut.

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 20-22 Mei 2013
Tempat: Universiti Utara Malaysia.

Turut menyertai konvensyen pada kali ini adalah Kumpulan Sinaran (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM). Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang bertanding. Bertemu lagi di konvensyen akan datang yang akan diadakan di Unimas.


02 May 2013

Tapak web rasmi bagi Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke-9

Tapak web rasmi bagi Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke-9 (2013) yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia sudah boleh dicapai. Alamat rasmi tapak web tersebut adalah di http://www.kik2013.uum.edu.my/


Terdapat 4 kumpulan yang akan mewakili UKM bagi konvensyen yang akan diadakan pada kali ini. Berikut adalah senarai kumpulan yang akan mewakili UKM dalam konvensyen yang akan diadakan pada 20-22 Mei 2013 itu nanti:

Kategori pengurusan
Kumpulan Mediprima (Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM)
Kumpulan Sinaran (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM)

Kategori Teknikal
Kumpulan Charge v2 (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, UKM)
Kumpulan Permadi (Jabatan Makmal Diagnostik, PPUKM)

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua kumpulan yang bertanding.

30 April 2013

Klinik Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubatan UKM Bil 1/2013

Sukacita di maklumkan, klinik kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) Pusat Perubatan UKM Bil 1/2013 akan diadakan pada 7 hingga 31 Mei 2013. Tujuan klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK selepas Bengkel KIK Bil 1/2013 yang lalu. Adalah diharapkan semua kumpulan bersedia di Jabatan masing-masing pada jam 3 petang pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mempersembahkan perkembangan projek. Sila bersedia untuk mempersembahkan projek mengikut format KIK yang telah ditetapkan.

Sila maklumkan kepada pengerusi jawatankuasa di talian 5885 atau Pn. Habsah Aziz di talian 6748 sekiranya terdapat sebarang masalah/ perubahan mengenai perkara ini.

(klik jadual untuk pembesaran)

Terkini: 
Kumpulan One tOUCH telah menudakan tarikh Klinik KIK kepada: 4/6/2013.
Kumpulan Refelsia telah menudakan tarikh Klinik KIK kepada: 6/6/2013.

Kumpulan One Step telah menudakan tarikh Klinik KIK kepada: 7/6/2013.

22 April 2013

Mentor untuk kumpulan KIK 2013

Berikut adalah senarai mentor bagi setiap kumpulan KIK yang ditubuhkan pada tahun 2013:

(klik untuk pembesaran)

Tujuan sistem mentor ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada setiap kumpulan untuk mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar dengan lebih terpeinci dari setiap mentor yang dikhaskan untuk setiap kumpulan. Walau bagaimana pun, kumpulan adalah bebas untuk mendapatkan tunjukajar dan bimbingan dari mentor-mentor yang lain (dan sebaliknya mentor-mentor yang lain juga boleh memberi tunjuk ajar kepada kumpulan yang lain) mengikut kesesuaian.

26 March 2013

Makluman bengkel KIK bil 1/2013

Bengkel KIK Bil 1 bagi tahun 2013 akan di adakan seperti berikut:

Tarikh: 13-14 April 2013
Hari: Sabtu-ahad
Masa: 8.30-5.00 petang
Tempat: Advance Surgical Skill Centre (ASSC), PPUKM.

Enam orang ahli dari setiap kumpulan KIK yang telah mendaftar bagi tahun 2013 dijemput hadir ke bengkel yang akan diadakan ini.

Kedudukan ASSC.

11 February 2013

Pengumuman tarikh Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA - 2013


Konvensyen Kumpulan Inovatif  dan Kreatif (KIK) peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila UUM menjadi penganjurnya, ianya akan diadakan pada: 

Tarikh: 20, 21 dan 22 Mei 2013 
Tempat: Universiti Utara Malaysia (UUM) 

Sebanyak 2 kategori yang akan dipertandingkan, iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal. Johan bagi setiap kategoro di dalam konvensyen KIK IPTA pada kali ini akan menerima piala dan wang tunai bernilai RM6,000.00. Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan bertanding.