07 October 2012

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM telah diadakan pada:

Tarikh: 5-6 Oktober 2012
Masa: 8.30-1.00 petang
Tempat: Hotel Royal Bintang, Seremban, Negeri Sembilan.

Pra Konvensyen KIK Peringkat UKM ini diadakan untuk memilih 4 buah kumpulan dari kategori pengurusan untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat UKM bagi tahun 2012 yang akan diadakan pada 29 November 2012 nanti. 

Berikut adalah empat buah kumpulan yang telah berjaya terpilih untuk menyertai Konvensyen KIK Peringkat UKM pada tahun ini bagi kategori pengurusan:

1. Kumpulan Mediprima - Jabatan Maklumat Kesihatan, Pusat Perubatan UKM.
2. Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM.
3. Kumpulan Refelsia - Pusat Endoskopi, Pusat Perubatan UKM.
4. Kumpulan Gracias - Jabatan Bendahari, UKM Bangi.

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang telah terpilih bagi menyertai konvensyen KIK pada kali ini.


03 October 2012

National ICC Convention 2012 (NICC 2012)


National ICC Convention 2012 (NICC 2012) akan diadakan pada:

Tarikh: 15 - 17 October 2012
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan, Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi,  dan Kumpulan Uniti dari Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Pusat Perubatan UKM telah berjaya dipilih untuk menyertai konvensyen yang akan diadakan ini. Selamat maju jaya untuk semua...

International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2012


International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2012 akan diadakan pada:

Tarikh: 14 - 17 October 2012
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi PPUKM telah berjaya dipilih untuk mewakili Malaysia didalam konvensyen yang akan diadakan ini. Kumpulan akan membentangkan projek yang bertajuk "High scattered radiation during mobile radiography examination"... Tahniah di ucapkan.

10 September 2012

Bengkel KIK Bil 4/2012


Bengkel KIK Bil 4/2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 8-10 Jun 2012
Tempat: Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Bengkel yang kali ke-empat KIK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah memberikan pendedahan lanjutan kepada para peserta mengenai KIK. Semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK pada tahun ini telah berada dalam landasan yang betul dalam menyiapkan projek KIK bagi kumpulan masing-masing. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta didalam bengkel yang diadakan amat baik sekali. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan.

07 August 2012

Jadual Bengkel KIK Bil 4/2012

Bengkel KIK Bil 4/2012 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 14-16 Sepember 2012
Tempat: Vistana Hotel, Kuantan, Pahang.

Kepada kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK bagi tahun ini, sila maklumkan nama peserta (maksima 6 orang bagi 1 kumpulan, boleh senaraikan 7 tetapi bergantung kepada kekosongan), pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat bengkel dan jenis bilik yg diperlukan melalui email kepada Pn. Mardeyah (mardeyah@ppukm.ukm.my) ext 5068 di Jabatan Kualiti selewat-lewatnya pada 8hb Ogos 2012. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk persiapan terakhir sebelum pra konvensyen KIK yang akan diadakan nanti.

16 July 2012

Klinik Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pusat Perubatan Ukm Bil 2/2012


Dimaklumkan bahawa Klinik KIK Bil 2/2012 bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2012 akan diadakan bermula pada 25 JULAI 2012 hingga 13 OGOS 2012. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK selepas Bengkel KIK Bil 3/2012 yang lalu. 

Dilampirkan jadual Klinik KIK tersebut untuk perhatian dan tindakan semua Kumpulan KIK PPUKM 2012. Sehubungan dengan itu, tuan/puan  sebagai  Fasilitator/Ketua Kumpulan KIK adalah diharapkan dapat bersedia bersama ahli kumpulan di Jabatan masing-masing pada jam 10.30 pagi pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi saya di talian 5885 atau Pn Habsah Aziz di talian 6748. Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan bagi menjayakan Klinik KIK ini amatlah dihargai


Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor

Tahniah - Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Kik) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor Bagi Sektor Awam Tahun 2012

Tahniah kepada Kumpulan MEDIPRIMA dari Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM yang mewakili Kumpulan KIK UKM bagi Kategori Pengurusan dan Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Radiologi,  PPUKM yang mewakili Kumpulan KIK UKM bagi Kategori Teknikal. Kedua-dua kumpulan ini berjaya mendapat tempat Ketiga bagi Kategori Pengurusan dan tempat Kelima bagi Kategori Teknikal. 

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 10-11 Julai 2012
Hari: Selasa-Rabu
Tempat: Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam Selangor.

Syabas !

(Adaptasi dari buletin ewarga UKM)