11 June 2012

Konvensyen ICC Wilayah Tengah (2012)

Konvensyen ICC Wilayah Tengah  2012 akan diadakan pada:

Tarikh: 26-27 Jun 2012
Tempat: Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.

PPUKM akan diwakili oleh 3 kumpulan yang terdiri dari 2 kategori:

Kategori Pengurusan:
Kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)

Kategori Teknikal:
Kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)
Kumpulan Uniti (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)

Untuk maklumat lanjut mengenenai konvensyen yang akan diadakan, sila lawati: http://www.mpc.gov.my/home/?sstr_lang=bm&cont=ds&id=5i10&item=d5&t=4

Kumpulan yang berjaya memenangi pingat emas didalam konvensyen ini layak untuk menyertai konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan pada 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) nanti. Selamat maju jaya kepada semua yang akan menyertai konvensyen ini.


Bengkel KIK Bil 3/2012

Bengkel KIK Bil 3/2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 8-10 Jun 2012
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.

Bengkel yang kali ketiga KIK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah memberikan pendedahan lanjutan kepada para peserta mengenai "QC Story". Semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK pada tahun ini telah berada dalam landasan yang betul dalam menyiapkan projek KIK bagi kumpulan masing-masing. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta didalam bengkel yang diadakan amat baik sekali. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan.


07 May 2012

Jadual Bengkel KIK Bil 3/2012

Bengkel KIK Bil 3/2012 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 8-10 Jun 2012
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.

Kepada kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK bagi tahun ini, sila maklumkan nama peserta (maksima 6 orang bagi 1 kumpulan), pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat bengkel dan jenis bilik yg diperlukan melalui email kepada Pn. Mardeyah (mardeyah@ppukm.ukm.my) di Jabatan Kualiti selewat-lewatnya pada 18hb Mei 2012.

25 April 2012

Klinik Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pusat Perubatan Ukm Bil 1/2012


Dimaklumkan bahawa Klinik KIK Bil 1/2012 bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2012 akan diadakan bermula pada 7 hingga 15 Mei 2012. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK selepas Bengkel KIK Bil 2/2012 yang lalu. 

Dilampirkan jadual Klinik KIK tersebut untuk perhatian dan tindakan semua Kumpulan KIK PPUKM 2012. Sehubungan dengan itu, tuan/puan  sebagai  Fasilitator/Ketua Kumpulan KIK adalah diharapkan dapat bersedia bersama ahli kumpulan di Jabatan masing-masing pada jam 11 pagi atau 3 petang pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi saya di talian 5885 atau Pn Habsah Aziz di talian 6748. Perhatian dan kerjasama dari Tuan/Puan bagi menjayakan Klinik KIK ini amatlah dihargai


09 April 2012

Bengkel KIK Bil 2/2012


Bengkel KIK Bil 2/2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 6-8 April 2012
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang.

Bengkel yang kali kedua KIK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang "QC Story". Semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK pada tahun ini telah mempunyai tajuk dan dalam landasan yang betul dalam menyiapkan projek KIK bagi kumpulan masing-masing. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta didalam bengkel yang diadakan amat baik sekali. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan. 

09 March 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke -8 Tahun 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke -8 Tahun 2012 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA yang diadakan pada: 


Tarikh: 6 – 8 Mac 2012
Tempat: International Islamic University Malaysia


UKM telah diwakili oleh Kumpulan METIA (Jabatan Bendahari, UKM), Kumpulan MEDIPRIMA (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM), Kumpulan UNITY (Jabatan Perkhdimatan Pemulihan Perubatan, PPUKM) dan Kumpulan Benua Cipta (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM) yang telah mendapat Anugerah Emas bagi setiap kategori projek yang dipertandingkan. Kejayaan lain yang dimenangi oleh kumpulan yang diwakili adalah:

Johan Kategori Pengurusan 
Kumpulan MEDIPRIMA (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)

Naib Johan Kategori Teknikal 
Kumpulan Benua Cipta (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM)

Anugerah Inovasi Terbaik Kategori Teknikal 
Kumpulan UNITY (Jabatan Perkhdimatan Pemulihan Perubatan, PPUKM)

Anugerah Khas – Anugerah Inovasi Harapan 
Kumpulan METIA (Jabatan Bendahari, UKM)

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini. Untuk makumat lanjut dan keputusan penuh berkaitan konvensyen ini, sila layari http://www.iium.edu.my/icc

05 March 2012

Jadual Bengkel KIK Bil 2/2012


Bengkel KIK Bil 2/2012 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 6-8 April 2012
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang.

Kepada kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK bagi tahun ini, sila maklumkan nama peserta (maksima 6 orang bagi 1 kumpulan), pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat bengkel dan jenis bilik yg diperlukan melalui email kepada Pn. Mardeyah (mardeyah@ppukm.ukm.my) di Jabatan Kualiti selewat-lewatnya pada 20hb Mac 2012.