23 February 2012

Persembahan Pra-Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2012

Persembahan Pra-Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2012 telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 21 Februari 2012
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Rekod Perubatan

Tiga buah kumpulan yang akan mewakili UKM didalam konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 telah membuat persembahan sebagai persediaan untuk menyertai konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 yang akan di adakan pada 6-8 Mac 2012 ini.

Kumpulan yang telah membuat persembahan adalah dari kategori pengurusan, kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM). Dari kategori teknikal, kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM) dan kumpulan Unity, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.

Kumpulan telah diberikan maklumbalas dari AJK KIK PPUKM didalam persembahan yang telah diadakan tersebut.

20 February 2012

Bengkel KIK Bil 1/2012

Bengkel KIK Bil 1/2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 18-19 Februari 2012
Masa: 8.30 am - 11.00 pm
Tempat: Concorde Inn, KLIA Sepang, Selangor.

Bengkel yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan KIK. Topik yang telah dibentangkan pada bengkel ini adalah mengenai pengenalan KIK, PDCA, mengenalpasti masalah, definisi masalah dan analisa masalah. Ianya telah dibentangkan oleh AJK KIK PPUKM. Semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK pada tahun ini telah menghantarkan wakil bagi menyertai bengkel ini. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan. 

10 February 2012

Keputusan undian giliran persembahan Konvensyen KIK peringkat IPTA 2012

Berikut adalah keputusan undian bagi giliran persembahan Konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 yang akan diadakan di UIA Gombak Selangor.

7 Mac 2012 Jam: 12.45pm. Giliran persembahan No. 6. (Kategori Teknikal)
Kumpulan Unity, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.

7 Mac 2012 Jam: 3.00pm. Giliran persembahan No. 8. (Kategori Pengurusan)
Kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)

8 Mac 2012 Jam: 8.30pm. Giliran persembahan No. 10. (Kategori Teknikal)
Kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)

8 Mac 2012 Jam: 11.30pm. Giliran persembahan No. 19. (Kategori Pengurusan)
Kumpulan Metia, Jabatan Bendahari, UKM

Selamat berjaya kepada semua yang akan mengambil bahagian.


06 February 2012

Pra-Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa KIK PPUKM akan mengadakan Pra-Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2012 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 21 Februari 2012
Masa: 2.00 petang
Tempat: Auditorium PPUKM.

Tiga buah kumpulan yang akan mewakili UKM didalam konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 akan membuat persembahan sebagai persediaan untuk menyertai konvensyen KIK peringkat IPTA 2012 yang akan di adakan pada 6-8 Mac 2012 ini.

Kumpulan yang akan membuat persembahan adalah dari kategori pengurusan, kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM). Dari kategori teknikal, kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM) dan kumpulan Unity, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.

Semua kakitangan yang berminat, boleh menghadirkan diri untuk melihat persembahan yang akan diadakan. Galakkan diberikan terutamanya kepada semua kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk KIK 2012 bagi melihat persembahan yang akan diberikan.

03 February 2012

Bengkel KIK Bil 1/2012

Bengkel KIK Bil 1/2012 akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut: 

Tarikh: 18-19 Februari 2012 
Tempat: Hotel Concorde, Sepang.(http://sepang.concordehotelsresorts.com/

Kepada kumpulan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIK bagi tahun ini, sila maklumkan nama peserta (maksima 7 orang bagi 1 kumpulan), pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat bengkel dan jenis bilik yg diperlukan melalui email kepada Pn. Mardeyah (mardeyah@ppukm.ukm.my) di Jabatan Kualiti selewat-lewatnya pada 10hb Februari 2012.

30 January 2012

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 1/2012

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPUKM Bil 1/2012 akan diadakan seperti masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 3 Februari 2012 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan tentang penyertaan dan perancangan aktiviti latihan yang akan diadakan sepanjang tahun 2012. Semua fasilitator dan ketua kumpulan yang telah mendaftar untuk KIK bagi tahun 2012 di jemput hadir.

26 January 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif kali ke-8 (2012)

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif tahun 2012 akan diadakan pada tarikh dan tempat sepeti berikut:

Tarikh: 6-8 Mac 2012
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

UKM akan diwakili oleh 4 kumpulan yang terdiri dari 2 kategori:

Kategori Pengurusan:
Kumpulan Mediprima (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)
Kumpulan Metia, Jabatan Bendahari, UKM 

Kategori Teknikal:
Kumpulan BenuaCIPTA (Jabatan Radiologi, PPUKM)
Kumpulan Unity, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.

Untuk maklumat lanjut mengenenai konvensyen yang akan diadakan, sila lawati: http://www.iium.edu.my/icc