21 October 2011

Konvensyen Innovative and Creative Circle peringkat Kebangsaan


Tahniah diucapkan kepada Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi PPUKM yang mendapat anugerah emas 3 bintang dan menjadi Naib Johan bagi Kategori Sektor Awam dalam pertandingan Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2011 serta terpilih sebagai 10 kumpulan terbaik dan akan mewakili Malaysia pada Konvensyen ICC peringkat antarabangsa.

2 lagi kumpulan ICC  mewakili UKM yang terlibat iaitu Kumpulan One Touch (Jabatan Kewangan, PPUKM) dan Kumpulan Brave (Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM) turut memenangi anugerah emas 3 bintang.


Konvensyen peringkat Kebangsaan 2011 tersebut telah diadakan pada 19-20 Oktober 2011 di Sunway Convention Center, Selangor. 

Syabas di atas kejayaan tersebut.


25 September 2011

Bengkel KIK Bilangan 3/2011 PPUKM


Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif Bilangan 3/2011 Pusat Perubatan UKM telah diadakan pada 23-25/9/2011 di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang. Sebanyak 10 kumpulan dari PPUKM telah menyertai bengkel yang diadakan. Pada bengkel kali ni PPUKM telah menjemput En. Kamaruzaman untuk memberikan bimbingan kepada semua kumpulan.

Bengkel yang telah diadakan telah banyak memberikan panduan kepada semua kumpulan untuk meneruskan projek dan mempersiapkan diri bagi menyertai pertandingan KIK peringkat UKM pada bulan November nanti.

16 September 2011

International Convention on Quality Control Circle 2011


International Convention on Quality Control Circle 2011 (ICQCC 2011) telah diadakan pada 11-14 September 2011 di Pacifico Yokohama Convention Complex, JAPAN. Konvensyen yang diadakan pada tahun ini dengan tema "Enhancing Organizational Vitality Through Further Development of QC Circle Activities".

Seramai 177 projek telah dipersembahkan pada konvensyen pada kali ni. Kumpulan yang terlibat terdiri dari negara Bangladesh, China, India, Indonesia, Japan, Korea, Malaysia, Philippines, Singapore, Srilanka, Taiwan, Thailand, U.S.A. dan Zambia.

Pusat Perubatan UKM telah di wakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi PPUKM di atas kejayaan memenangi "Excellent Awards" dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) tersebut. Kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang ahli dan seorang fasilitator ini telah membentangkan projek yang bertajuk "High Radiation Exposure In Angiography Unit".

Kejayaan ini adalah berdasarkan keupayaan kumpulan menggunakan alatan QC yang telah berjaya menurunan dos radiasi melalui alat hasil ciptaan kumpulan yang di namakan "X-TRAP". Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa di dalam amalan Quality Control Circles. Semoga kejayaan ini akan memberikan dorongan dan semangat untuk semua kakitangan di dalam membudayakan amalan Quality Control Circle di dalam tugas harian. Syabas !



10 September 2011

KIK Sektor Awam Negeri Selangor 2011


Konvensyen KIK Sektor Awam Kali ke-24 Negeri Selangor 2011 telah diadakan pada:

Tarikh: 8-9 September 2011
Hari: Khamis dan jumaat
Tempat: Auditorium, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

UKM telah diwakili oleh 2 pasukan didalam konvensyen pada kali ini, sebuah pasukan bagi menyertai pertandingan dalam kategori pengurusan dan sebuah pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.

Bagi kategori pengurusan, kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah menjadi Juara didalam pertandingan yang di adakan. Bagi kategori teknikal pula, Kumpulan SINARAN dari Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi naib johan didalam pertandingan yang di adakan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


26 July 2011

Keputusan Konvensyen ICC & QE Wilayah Tengah 2011

Konvensyen ICC & QE Wilayah Tengah 2011 telah diadakan pada:

Tarikh: 25-26/7/2011
Hari: Isnin dan selasa
Tempat: Hotel Grand Dorset, Subang Jaya, Selangor.

Pusat Perubatan UKM telah menghantar 4 pasukan didalam konvensyen pada kali ini, pasukan tersebut terdiri daripada para pemenang pada konvensyen UKM yang diadakan pada tahun lepas.

1. Kumpulan One Touch - Jabatan Kewangan, PPUKM
2. Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, PPUKM
3. Kumpulan Brave - Jabatan Pemulihan Perubatan, PPUKM
4. Kumpulan TEN - Jabatan ENT, PPUKM

Didalam konvensyen yang diadakan PPUKM telah berjaya meraih 3 anugerah emas dan 1 anugerah perak.

PPUKM juga menghantar sebuah pasukan untuk menyertai Konvensyen QE, didalam konvensyen yang diadakan, PPUKM telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang didalam konvensyen yang disertai.

Tahniah kepada semua pemenang.

23 July 2011

Klinik KIK 2/2011

Dimaklumkan bahawa Klinik KIK bagi semua kumpulan KIK PPUKM 2011 akan diadakan bermula pada 3 Ogos 2011 sehingga 19 Ogos 2011. Tujuan Klinik KIK ini adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK sebelum Bengkel KIK ketiga yang dijangka akan diadakan pada 23-25 September 2011 nanti.

Di sertakan jadual klinik KIK yang akan diadakan:


Di harapkan semua kumpulan KIK yang terlibat akan dapat bersedia menantikan kunjungan AJK KIK PPUKM di jabatan masing-masing pada hari (3-19 Ogos 2011) dan masa (11-12 tengahari) yang telah ditetapkan.

16 July 2011

Pindaan tarikh Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri Selangor

Dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Yang Ke 24 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan, Bagi Sektor Awam Tahun 2011 telah ditunda pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 29-30 September 2011 (pindaan terkini)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium dan Bankuet, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
Maklumat diperolehi dari Portal Kerajaan Negeri Selangor.


Urusetia:
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 18, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam,
Selangor
Kemaskini pada 14 Julai 2011.