18 March 2011

Pertandingan ICC peringkat universiti


Pertandingan ICC peringkat universiti akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 30 Mac 2011 (Rabu)
Tempat : Bangunan Pentadbiran, Universiti Tenaga Nasional
Anjuran: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Objektif pertandingan diadakan adalah untuk menggalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan ICC bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi dan mempromosikan amalan ICC untuk dipraktikkan oleh organisasi-organisasi lain. Kumpulan ICC yang terbaik dari Unit Bisnes, TNB, Universiti awam dan swasta serta organisasi luar dijemput untuk membentangkan projek ICC mereka.

Dalam pertandingan yang akan diadakan, UKM akan diwakili oleh:
1. Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM.
2. Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM.

Selamat maju jaya kepada kumpulan yang akan bertanding.

14 March 2011

Bengkel KIK PPUKM Bil 1/2011


Bengkel KIK PPUKM bilangan 1/2011 telah diadakan pada 11-13 Mac 2011 di A'Famosa Resort, Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal semua kumpulan yang akan terlibat didalam menjalankan projek KIK bagi tahun 2011 ini.

Sebanyak 15 kumpulan KIK yang terdiri dari pelbagai jabatan dan disiplin telah menyertai bengkel yang diadakan pada kali ini. Semangat dan penglibatan semua peserta di dalam bengkel yang dianjurkan ini amat membanggakan. Semoga dengan adanya bengkel yang diadakan, semua peserta akan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi cara menggunakan kaedah KIK bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan masing-masing.

04 March 2011

Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-7


Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-7

Tahniah dan syabas kepada kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM kerana berjaya memperolehi Johan Keseluruhan dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali Ke-7 yang di adakan pada 1 – 3 Mac 2011 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kejayaan ini merupakan kali ke 5 UKM meraih kemenangan Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA.

Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh UKM dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 di UPM :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Anugerah Bintang Emas
Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM

Anugerah Bintang Perak
Kumpulan ONETOUCH dari Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM
Kumpulan BRAVE dari Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Pusat Perubatan UKM
Kumpulan SENTROMER dari Institut Perubatan Molekul, UKM
Kumpulan TEN dari Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan UKM

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya enam belas (16) pasukan IPTA yang bertanding. IPTA tersebut ialah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah, Universiti Sains Malaysia (USM), UKM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini. Terima kasih kepada semua kumpulan kerana telah menunjukkan usaha yang baik dalam pertandingan ini.

Untuk melihat sejarah kemenangan UKM dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA. Sila rujuk:


(Adaptasi dari Buletin e-warga UKM)

22 February 2011

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-7 Tahun 2011


Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-7 Tahun 2011 akan diadakan pada:

Tarikh: 1-3 Mac 2011
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Universiti Putra Malaysia.

Terdapat 5 pasukan akan mewakili UKM didalam konvensyen yang adakan diadakan nanti, pasukan tersebut terdiri dari:
Kumpulan One Touch (Kategori Pengurusan) - Jabatan Kewangan
Kumpulan Sinaran (Kategori Teknikal) - Jabatan Perkhidmatan Radiologi
Kumpulan Brave (Kategori Teknikal) - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
Kumpulan Ten (Kategori Teknikal) - Jabatan ENT
Kumpulan Sentromer (Kategori Pengurusan) - UMBI

Semoga semua kumpulan dapat membuat persiapan rapi didalam menyertai konvensyen yang akan diadakan. Berikut adalah ringkasan jadual konvensyen yang akan diadakan.

1 Mac 2011 (Selasa)
3.00 petang - Pendaftran peserta dan raptai

2 Mac 2011 (Rabu)
8.00 pagi - Majlis pembukaan
3.00 petang - Persembahan Kumpulan Ten

3 Mac 2011 (Khamis)
9.00 pagi - Persembahan Kumpulan Sinaran
9.30 pagi - Persembahan Kumpulan Brave
3.00 petang - Persembahan Kumpulan One Touch
3.30 petang - Persembahan Kumpulan Sentromer
7.00 malam - Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

Semoga kumpulan KIK akan dapat mempersembahkan projek masing-masing dengan baik dan beroleh kejayaan yang membanggakan.

20 February 2011

Malaysia Technology Expo 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan KIK Sinaran yang telah berjaya memenangi "Gold Medal" dan pasukan BenuaCIPTA yang telah memenangi "Silver Medal" semasa menyertai Malaysia Technology Expo 2011 (MTE 2011) yang telah diadakan pada 17-19 Februari 2011 di Kuala Lumpur Konvensyen Center. KIK Sinaran dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi telah menyertai MTE 2011 dengan mempamerkan hasil ciptaan yang dinamakan T-RAX dan KIK BenuaCIPTA dari jabatan yang sama mempamerkan hasil ciptaan yang dinamakan X-TRAP.

Kejayaan pasukan yang telah menyertai Expo yang diadakan amatkan membanggakan kerana hanya 88 pasukan sahaja yang berjaya memenangi anugrah "Gold Medal" dari lebih dari 511 pasukan yang menyertai expo yang telah diadakan. Kejayaan pasukan juga telah melakarkan sebuah lagi sejarah kejayaan dalam bidang Inovasi di PPUKM ini. Semoga kejayaan ini akan memberikan suntikan semangat kepada kumpulan-kumpulan yang lain untuk meneruskan usaha bagi menghasilkan inovasi-inovasi yang terbaik.

Keputusan penuh sila rujuk http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/022011/21-73.pdf

14 February 2011

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubatan UKM Bil 1/2011

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubtan UKM Bil 1/2011 akan diadakan pada

Tarikh: 21 Februari 2011
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Biik MESYUARAT JABATAN REKOD PERUBATAN
AGENDA:
i) Alu-aluan Pengerusi
ii) Perancangan Latihan Program KIK 2011
iii) Bengkel KIK 1/2011
iv) Hal-hal Lain
Sehubungan dengan itu tuan/puan sebagai Fasilitator dan Ketua Kumpulan KIK tahun 2011 di PPUKM dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Kehadiran Tuan/Puan bagi menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai bagi menjayakan Program KIK di PPUKM.

08 February 2011

Klinik persediaan KIK IPTA 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa satu klinik akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TARIKH: 11 Februari 2011 (Jumaat)
MASA: 9.30 pagi – 12 tengahari
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SUKMARIA PUSAT PERUBATAN UKM

AGENDA:
9.30-10.00 pagi Kumpulan One Touch
10.00-10.30 pagi Kumpulan Sinaran
10.30-11.00 pagi Rehat
11.00-11.30 pagi Kumpulan Brave
11.30-12.00 tghari Kumpulan Ten
12.00 tengahari Jamuan

Sehubungan dengan itu, semua ahli adalah dijemput untuk mempersembahkan projek masing-masing. Kehadiran Tuan/Puan bagi menghadiri klinik ini amatlah dihargai bagi menjayakan Program KIK di PPUKM.