20 February 2011

Malaysia Technology Expo 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan KIK Sinaran yang telah berjaya memenangi "Gold Medal" dan pasukan BenuaCIPTA yang telah memenangi "Silver Medal" semasa menyertai Malaysia Technology Expo 2011 (MTE 2011) yang telah diadakan pada 17-19 Februari 2011 di Kuala Lumpur Konvensyen Center. KIK Sinaran dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi telah menyertai MTE 2011 dengan mempamerkan hasil ciptaan yang dinamakan T-RAX dan KIK BenuaCIPTA dari jabatan yang sama mempamerkan hasil ciptaan yang dinamakan X-TRAP.

Kejayaan pasukan yang telah menyertai Expo yang diadakan amatkan membanggakan kerana hanya 88 pasukan sahaja yang berjaya memenangi anugrah "Gold Medal" dari lebih dari 511 pasukan yang menyertai expo yang telah diadakan. Kejayaan pasukan juga telah melakarkan sebuah lagi sejarah kejayaan dalam bidang Inovasi di PPUKM ini. Semoga kejayaan ini akan memberikan suntikan semangat kepada kumpulan-kumpulan yang lain untuk meneruskan usaha bagi menghasilkan inovasi-inovasi yang terbaik.

Keputusan penuh sila rujuk http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/022011/21-73.pdf

14 February 2011

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubatan UKM Bil 1/2011

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubtan UKM Bil 1/2011 akan diadakan pada

Tarikh: 21 Februari 2011
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Biik MESYUARAT JABATAN REKOD PERUBATAN
AGENDA:
i) Alu-aluan Pengerusi
ii) Perancangan Latihan Program KIK 2011
iii) Bengkel KIK 1/2011
iv) Hal-hal Lain
Sehubungan dengan itu tuan/puan sebagai Fasilitator dan Ketua Kumpulan KIK tahun 2011 di PPUKM dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Kehadiran Tuan/Puan bagi menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai bagi menjayakan Program KIK di PPUKM.

08 February 2011

Klinik persediaan KIK IPTA 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa satu klinik akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TARIKH: 11 Februari 2011 (Jumaat)
MASA: 9.30 pagi – 12 tengahari
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SUKMARIA PUSAT PERUBATAN UKM

AGENDA:
9.30-10.00 pagi Kumpulan One Touch
10.00-10.30 pagi Kumpulan Sinaran
10.30-11.00 pagi Rehat
11.00-11.30 pagi Kumpulan Brave
11.30-12.00 tghari Kumpulan Ten
12.00 tengahari Jamuan

Sehubungan dengan itu, semua ahli adalah dijemput untuk mempersembahkan projek masing-masing. Kehadiran Tuan/Puan bagi menghadiri klinik ini amatlah dihargai bagi menjayakan Program KIK di PPUKM.

08 November 2010

Jemputan ke ICQCC 2011 - Yokohama Japan


Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan UKM telah dipilih untuk dicalonkan bagi kategori 'Competition' di Konvensyen QCC Peringkat Antarabangsa (ICQCC) 2011. Konvensyen ini merupakan satu platform pengiktirafan di peringkat Antarabangsa untuk 'International Search for Most Outstanding QCC Projects 2011'.

Jemputan ini adalah berdasarkan pencapaian kumpulan BenuaCIPTA yang telah disenaraikan dalam Anugerah 10 Terbaik bagi sektor yang dipertandingkan di Konvensyen ICC Kebangsaan yang telah diadakan.

Maklumat Konvensyen adalah seperti berikut:

Tarikh: 11-14 September 2011
Tempat: Pacifico Yokohama, Japan.

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA, selamat maju jaya kepada semua.

28 October 2010

Keputusan Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif ke-15 Universiti Kebangsaan Malaysia 2010


Tahniah kepada semua kumpulan KIK yang telah mengambil bahagian pada konvensyen yang diadakan pada 27 Oktober 2010 (Rabu) di DK 43.101 & DK 43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM. Konvensyen yang telah diadakan itu, telah menyaksikan sebanyak 12 kumpulan bertanding dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan bertanding di dalam kategori teknikal...

Pertandingan yang telah diadakan itu, telah menunjukkan kematangan kumpulan-kumpulan KIK yang bertanding kerana telah memuatkan semua unsur yang perlu ada bagi sesebuah projek KIK. Hampir semua kumpulan telah mencapai tahap yang boleh dibanggakan kerana telah mewujudkan sistem dan alat yang boleh digunakan secara meluas dan memberikan impak yang tinggi didalam meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi...

Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah diadakan.
Kategori Pengurusan
Johan
KUMPULAN ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM
Hadiah: RM 2000 berserta piala.

Naib Johan
KUMPULAN SENTROMER, Institut Perubatan Molekul, PPUKM
Hadiah: RM 1500 berserta piala.

Tempat Ketiga
KUMPULAN IRIS, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM
Hadiah: RM 1000 berserta piala.

Kategori Teknikal
Johan
KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, PPUKM
Hadiah: RM 2000 berserta piala.

Naib Johan
KUMPULAN BRAVE, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
Hadiah: RM 1500 berserta piala.

Tempat Ketiga
KUMPULAN TEN, Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM
Hadiah: RM 1000 berserta piala.

Kumpulan One Touch dari Jabatan Kewangan, PPUKM juga telah memenangi Juara keseluruhan didalam pertandingan yang diadakan tersebut... Tahniah diucapkan kepada semua yang pemenang...

Berikut adalah senarai penuh kumpulan yang bertanding didalam konvensyen KIK yang diadakan pada kali ini
Kategori Pengurusan
KUMPULAN IMEL, Pusat Pembangunan Akademik, UKM
KUMPULAN SIBER, Perpustakaan, PPUKM
KUMPULAN KIK KLIK, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
KUMPULAN MASA, Fakulti Pengajian Islam, UKM
KUMPULAN MUTIARA, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
KUMPULAN INFOTECH, Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM
KUMPULAN MEDIPRIMA, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM
KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti, PPUKM
KUMPULAN ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM
KUMPULAN IRIS, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM
KUMPULAN MEDICOM, Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM
KUMPULAN SENTROMER, Institut Perubatan Molekul, PPUKM

Kategori Teknikal
KUMPULAN MIZAN, Perpustakaan Undang-undang, UKM
KUMPULAN FRONTLINE, Jabatan Perubatan Kecemasan, PPUKM
KUMPULAN BRAVE, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
KUMPULAN TEN, Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM
KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, PPUKM
KUMPULAN PANTAS 3, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

10 October 2010

Keputusan Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Tahniah kepada semua kumpulan KIK dari PPUKM kerana telah berjaya mendapat anugerah 3 bintang di dalam konvensyen ICC Kebangsaan yang tamat pada hari ini (9 Oktober 2010)...

Kumpulan-kumpulan yang telah berjaya mendapat 3 bintang adalah:

Kumpulan BENUA CIPTA - Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM.
Kumpulan IMPAQ - Jabatan Kualiti, PPUKM.
Kumpulan PROREHAB - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.
Kumpulan FARSIS - Jabatan Farmasi, PPUKM.

Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM juga telah memenangi anugerah 10 kumpulan terbaik bagi Sektor Awam daripada 57 kumpulan yang bertanding. Kumpulan BENUA CIPTA telah membawa pulang trofi dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

07 October 2010

Persembahan Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Tahniah kepada semua kumpulan yang telah berjaya membuat persembahan di konvensyen ICC Kebangsaan pada hari ini (7 Oktober 2010)...

Kumpulan-kumpulan yang telah memberikan persembahan pada hari ini adalah Kumpulan BENUA CIPTA, Kumpulan IMPAQ, Kumpulan PROREHAB dan Kumpulan FARSIS.

Keputusan pertandingan hanya akan dapat diketahui pada majlis makan malam yang akan diadakan pada hari sabtu ini. Anugerah-anugerah yang disediakan kepada pemenang adalah seperti berikut:

Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan Konvensyen ICC Kebangsaan
(Piala pusingan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Replika, Wang tunai RM 6000.00 beserta sijil penghargaan).

Anugerah Sektor Awam
Johan (Piala pusingan, replika dan wang tunai RM 4000.00 beserta sijil)
Naib Johan (Wang tunai RM 3000.00 beserta sijil)
Tempat ketiga (Wang tunai RM 2000.00 beserta sijil)

Anugerah 10 kumpulan terbaik setiap sektor (Trofi dan sijil penyertaan)

Anugerah Pengerusi Perbadanan Productiviti Negara (MPC)
(Piala Pusingan Pengerusi Perbadanan Productiviti Negara (MPC) dan replika)

Anugerah Ketua Pengarah Perbadanan Productiviti Negara (MPC)
(Piala Pusingan Ketua Pengarah Perbadanan Productiviti Negara (MPC) dan replika)

Selain sektor awam, terdapat juga sektor perkilangan, sektor elektrikal/ elektronik dan sektor perkhidmatan yang menawarkan hadiah yang serupa. Kesemua kumpulan KIK dari PPUKM bertanding dalam sektor awam, terdapat 57 kumpulan yang bertanding pada sektor tersebut pada kali ini. Nantikan keputusannya pada hari sabtu nanti.