28 July 2010

Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Timur 2010

Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Timur 2010 telah diwakili oleh 2 kumpulan dari PPUKM. Kumpulan tersebut adalah:

- KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM
- KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM

Konvensyen yang telah diadakan pada 26-27 Julai 2010 di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan itu juga telah disertai oleh pelbagai institusi awam dan swasta.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua kumpulan yang terlibat kerana telah berjaya memenangi anugerah emas bagi Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Pantai Timur.

21 July 2010

Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Tengah 2010

Syabas dan tahniah kepada semua peserta KIK Peringkat MPC Wilayah Tengah yang telah diadakan pada 19-20 Julai 2010 di Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya, Selangor. UKM telah diwakili oleh 3 kumpulan iaitu:

- KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM
- KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti, PPUKM
- KUMPULAN PRO-REHAB, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM

Ketiga-tiga kumpulan KIK yang menyertai konvensyen tersebut telah memenangi anugerah emas.

29 June 2010

Bengkel KIK PPUKM - Sesi 3:2010

Bengkel Ketiga bagi KIK telah diadakan pada 25-27 Jun 2010 bertempat di Sanctuary Resort Cherating, Pahang. Bengkel ini telah dihadiri oleh 11 kumpulan KIK seperti berikut;

1) Impaq, Jabatan Kualiti
2) Infotech, Jabatan Teknologi Maklumat
3) Frontline, Jabatan Perubatan Kecemasan
4) Iris, Jabatan Radioterapi Onkologi
5) One Touch, Jabatan Kewangan
6) Siber, Jabatan Perpustakaan
7) Pesuma, Jabatan Sumber Manusia
8) Brave, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
9) Medicom, Jabatan Kesihatan Masyarakat
10) TEN, Jabatan Ortorinolaringologi
11) Mediprima, Jabatan Maklumat Kesihatan

3 kumpulan tidak menghadiri bengkel ini kerana 2 kumpulan yang telah menarik diri dari penyertaan KIK pada tahun ini iaitu Satria Warga, Jabatan Poliklinik Warga dan Teraju, Jabatan Pentadbiran Am manakala kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi yang perlu menghadiri Sanggar Kerja Jabatan Radiologi pada masa yang sama.

24 May 2010

Klinik KIK PPUKM

Klinik KIK bagi kumpulan KIK PPUKM telah dijalankan oleh semua AJK KIK PPUKM. Tujuan Klinik KIK ini diadakan adalah untuk melihat status perkembangan projek KIK sebelum Bengkel KIK ketiga pada 25-27 Mei 2010. Berikut adalah senarai kumpulan yang telah dilawati oleh AJK KIK PPUKM didalam sesi bengkel tersebut.

Perubatan Kecemasan-Frontline
Radioterapi Onkologi-Iris
Kewangan-One Touch
Perpustakaan-Siber
Sumber Manusia-Pesuma
Perkhd. Pemulihan Perubatan-Brave
Kesihatan Masyarakat-Medicom
Ortorinolaringologi-TEN
Maklumat Kesihatan-Mediprima
Radiologi-Sinaran
Kualiti-Impaq
Teknologi Maklumat-Infotech

21 May 2010

Terma rujukan jawatankuasa KIK PPUKM

TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA KIK PPUKM
Terma rujukan bagi Jawatankuasa KIK PPUKM adalah seperti berikut:
  1. Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan
  2. Menentukan objektif dan hala tuju KIK
  3. Menentu dan melantik fasilitator
  4. Mendaftar kumpulan dan keahliannya
  5. Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK
  6. Menyelaras penyeragaman cadangan penyelesaian daripada Program
  7. Mengenal pasti output yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan
(Terma rujukan ini adalah berpandukan Pekeliling Jabatan Perdana Menteri bertarikh 1 November 2009: Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif)

Pembentukan Jawatankuasa KIK PPUKM

Mesyuarat pembentukan JK KIK PPUKM telah diadakan pada 19 Mei 2010 yang lalu. Struktur Jawatankuasa adalah seperti berikut:

Penasihat : Dato’ Dr Noorimi Hj Murad (Ketua Pegawai Operasi)
Pengerusi : En Mohd Faizor Hj. Hassan
Setiausaha : Pn. Habsah Aziz

Ahli Jawatankuasa:
1. Pn. Foziah Hanon
2. En. Norhishah Elias
3. En. Mohamad Norman Mohd Nordin
4. Unit Latihan PPUKM (Urusetia Latihan KIK)

20 April 2010

Bengkel KIK PPUKM - Sesi 2:2010

Bengkel KIK Kedua bagi tahun 2010 telah dijalankan pada 16-18 April 2010 yang lalu bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah disertai oleh 14 kumpulan KIK PPUKM iaitu:

1) Impaq, Jabatan Kualiti
2) Infotech, Jabatan Teknologi Maklumat
3) Frontline, Jabatan Perubatan Kecemasan
4) Iris, Jabatan Radioterapi Onkologi
5) One Touch, Jabatan Kewangan
6) Siber, Jabatan Perpustakaan
7) Pesuma, Jabatan Sumber Manusia
8) Brave, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
9) Teraju, Jabatan Pentadbiran Am
10) Satria Warga, Jabatan Poliklinik Warga
11) Medicom, Jabatan Kesihatan Masyarakat
12) TEN, Jabatan Ortorinolaringologi
13) Mediprima, Jabatan Maklumat Kesihatan
14) Sinaran, Jabatan Radiologi