Alhamdullilah... Syukur... Terima kasih atas doa dan sokongan semua...
Sejarah tercipta lagi... Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia terus bersinar dengan memenangi Anugerah 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dan Anugerah Emas 5 bintang di Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019 yang telah diadakan pada 5-7 November 2019 di Sunway Piramid Convention Centre...
Kejayaan ini telah melayakkan kumpulan Sinaran untuk mewakili Malaysia ke International Convention On Quality Control Circle 2020 yang akan diadakan pada 27-30 Oktober 2020 di Pan Pacific Sanargaon Hotel, Dhaka, Bangladesh...
Kejayaan ini juga membuktikan UKM sentiasa meneruskan usaha dalam aktiviti kualiti dan menjadi universiti terunggul dalam menghasilkan projek2 berimpak tinggi yang berjaya diketengahkan diperingkat antarabangsa buat kali ke-11 berturut-turut...
Semoga kejayaan ini akan membakar semangat kami semua untuk meneruskan usaha berterusan bagi menghasilkan inovasi2 yang lebih baik di masa hadapan...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Jabatan Radiologi, HCTM, UKM, Jawatankuasa KIK HCTM/UKM, semua staff Jabatan Radiologi dan semua yang telah memberikan sokongan yang kuat kepada kami...