Sehubungan dengan itu, YBhg./Tuan/Puan dapat mewar-warkan kepada semua ahli PTJ yang ingin mendaftarkan kumpulan dalam Projek Penambahbaikan Inovasi pada tahun 2016 dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Kumpulan KIK 2016 UKM (Lampiran A).
Manakala jika PTJ berminat untuk melaksanakan penambahbaikan proses di PTJ melalui Pengurusan Kejat (Lean@UKM) boleh melengkapkan Borang Pendaftaran Kumpulan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) (Lampiran B).
Borang-borang yang telah dilengkapkan boleh dikembalikan ke Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM) sebelum atau pada 17 Februari 2017. Maklumat pendaftaran Kumpulan KIK dan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) daripada PTJ akan memudahkan pelaksanaan perancangan dan pemantauan dijalankan.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, Pihak YBhg./Tuan/Puan boleh menghubungi En. Norhishah B. Elias atau Pn. Norbaity Arjuna Bt. Mohd Badris di talian 03-89214901/4930.