16 February 2016

Pendaftaran Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Dan Projek Kejat (LEAN@UKM)

Dimaklumkan bahawa pada tahun 2016, Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM) akan meneruskan aktiviti inovasi dan penambahbaikan berterusan melalui Kumpulan Inovatif & Kreatif UKM. Pada tahun ini juga, Pengurusan UKM dan Pusat Jaminan Kualiti akan mengiatkan usaha untuk menerapkan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) dalam menambahbaik proses serta penyampaian perkhidmatan. 

Sehubungan dengan itu, YBhg./Tuan/Puan dapat mewar-warkan kepada semua ahli PTJ yang ingin mendaftarkan kumpulan dalam Projek Penambahbaikan Inovasi pada tahun 2016 dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Kumpulan KIK 2016 UKM (Lampiran A). 

Manakala jika PTJ berminat untuk melaksanakan penambahbaikan proses di PTJ melalui Pengurusan Kejat (Lean@UKM) boleh melengkapkan Borang Pendaftaran Kumpulan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) (Lampiran B). 

Borang-borang yang telah dilengkapkan boleh dikembalikan ke Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM) sebelum atau pada 29 Februari 2016. Maklumat pendaftaran Kumpulan KIK dan Pengurusan Kejat (Lean@UKM) daripada PTJ akan memudahkan pelaksanaan perancangan dan pemantauan dijalankan. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, Pihak YBhg./Tuan/Puan boleh menghubungi En. Norhishah B. Elias atau Pn. Norbaity Arjuna Bt. Mohd Badris di talian 03-89214901/4930.


03 February 2016

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH 2016

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH 2016
   
Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah dapat menggalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan Team Excellence bagi meningkatkan produktiviti.. Konvensyen ini juga dapat meningkatkan taraf sesebuah organisasi apabila sesebuah kumpulan itu cemerlang dalam persembahan dan menerima anugerah daripada kecemerlangan tersebut.

OBJEKTIF
Konvensyen Team Excellence ini bertujuan membolehkan para peserta :

  • Mempersembahkan projek menggunakan alat-alat dan teknik bersesuaian untuk dinilai oleh ahli panel penilai,
  • Meningkatkan kerjasama dan memupuk kepimpinan di dalam organisasi,
  • Berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan prestasi kumpulan,
  • Mendapatkan pengiktirafan terhadap usaha-usaha cemerlang melalui penglibatan kumpulan di dalam aktiviti Team Excellence(ICC)
  • Memilih Kumpulan Team Excellence terbaik untuk menyertai Konvensyen Team Excellence peringkat Kebangsaan 2016

JADUAL KONVENSYEN WILAYAH 2016 akan diadakan pada
Tarikh: 9-10 August  2016
Wilayah: Tengah
Tempat: Selangor

Pengurus program: Nur Syahrina Muhamad Nor
Email      : syahrina@mpc.gov.my
No Tel    : 03-79557266
No Faks : 03-79540795

5 kumpulan akan dihantar untuk konvens\yen ini, yang terdiri dari 3 orang bagi setiap kumpulan. Selamat maju jaya diucapkan.

Maklumat lanjut http://www.mpc.gov.my/home/?sstr_lang=bm&cont=ds&id=14&item=d5&s_item=5i15&t=3